Thursday, June 7, 2012

Yukgaejang

HALLUUU...

Hari tu tengok video masak-masak Maangchi. tengok dia buat Yukgaejang a.k.a spicy beef soup. nampak macam sedap. so, mula la aku pasang angan-angan nak buat yukgaejang pulak cuti sem nanti. hehe! sampai je rumah, esoknya terus carik bahan-bahan nak buat yukgaejang. yukgaejang ni sangat sedap kalau makan ngan nasik time panas-panas. pergh! tangkap leleh!

resepi yukgaejang nih aku amek daripada page Maangchi.

bahan-bahan:

1 kg daging (beef brisket)
1/2 bawang
14-15 cawan air
12 batang daun bawang
5 cawan taugeh,
1-2 batang saderi
3 tbs serbuk cili
1 tbs sesame oil
1 tbs minyak masak
1 tbs garam
1 tbs soy sauce
sedikit serbuk lada hitam


Masukkan daging, air dan bawang ke dalam periuk dan masak selama 40-50 minit sampai daging tu empuk.

potong daun bawang dan saderi lebih kurang 7 cm panjang dan letakkan dalam mangkuk yang besar

Dalam mangkuk kecik yng lain, masukkan serbuk cili, sesame oil, minyak masak, soy sauce, garam dan sedikit serbuk lada hitam, kacau sampai sebatti. ni adalah korang punya hotpepper oil sauce.

Campurkan hotpepper oil sauce dengan sayur-sayuran yang dalam mangkuk besar tadi 2. gaul sampai sebati

Bila daging dah masak, keluarkan dari dalam periuk dan ketepikan untuk sejukkan dia. masukkan syuran tu pulak ke dalam periuk dan masak selama lebih kurang 20-30 minit.

Bila daging dah sejuk, potong daging tu nipis-nipis dan masukkan ke dalam periuk tadi. masak lagi selama 5-10 minit. dah siap!

Serve with rice. Enjoy it!

inilah rupa yukgaejang. sedap gilleeehh!

Wednesday, June 6, 2012

Maggi Kimchi


Petang semalam aku buat maggi kimchi. kebetulan pulak kimchi yang hari tu punya ada lagi plus pulak perut tengah lapar, selongkar kabinet nampak maggi kari letup. dah lama tak pekena maggi. apa lagi, jom kita main masak-masak!.. tak sangka sedap jugak maggi kimchi ni. ataupun sebab aku ni memang pandai masak?hahaha!! (kembang kempis kembang kempis). selalunya hanya mampu tengok je kimchi ramyum yang ada jual kat supermarket. nak beli kang was-was pulak dah takde tanda halal. dibuatnya ada campur bahan-bahan tak halal kang, tak ke gelap mata hati kau?? yang dah ada pon kemain gelap..aku laaa..korang baik takpe la ;p

nak buat maggi kimchi senang je. kau masak je maggi. cuma tambah kimchi je. hehe!

Maggi Kimchi


bahan-bahan:
sebungkus manggi kari
1/2 cawan kimchi (kalau lebih pon takpe. ikut citarasa)
1 tbs air kimchi
2 cawan air
1 batang daun bawang
1 biji telur

masukkan kimchi dan air kedalam periuk. barkan sampai mendidih.

bila dah mendidih, masukkan perencah maggi dan air kimchi. kacau sikit then masukkan maggi. biarkan sampai megi lembut

then masukkan dun bawang, kacau sikit. kalau kurang rasa, tambah la apa-apa yang patut. serbuk perasa ke, garam ke.

last sekali pecah kan telur. biarkan kejap then dh boleh makan dah :)


rasa dia masam-masam pedas. sukatan bahan-bahan tu aku main agak je. sebabnya aku pon tak sure berapa banyak yang aku masukkan. korang agak-agak la ye. alaa, macam nak masak maggi tu la. cemana korang masak maggi? camtu la..bezanya cuma tambah kimchi je. kalau nak tambah ayam pon boleh. ikut citarasa masing-masing :)


SELAMAT MENCUBA!

kimchi jigae a.k.a kimchi stew


ASSALAMUALAIKUM w.b.t...

hari tu aku post pasal cemana nak buat kimchi kan?kan?hari ni nak cerita cemana pulak nak buat kimchi jigae a.k.a kimchi stew. sedap woo!rugi tak buat!

macam biasa, resepi ni pon aku dapat dari MYILGI. kiranya MYILGI ni sifu aku la. hehe..

meh-meh, kita buat kimchi stew pulak meh!

kimchi jigae. siusly sangat seedaaap!


bahan-bahan:

1 1/2 cawan kimchi
1/4 air kimchi
2 cawan air
1 tin tuna in oil (aku selalu pakai brand Rex. sebab murah. tapi mana-mana brand pon boleyyy)
2 tauhu
1/2 bawang
1 batang daun bawang
2 batang cili1 tbs serbuk cili
1 ulas bawang putih (minced)
garam dan serbuk perasa secukup rasa

masukkan kimchi dan air ke dalam periuk. biarkan mendidih.

time tengah tunggu mendidih tu, jangan buang masa begitu sahaja, potong daun bawang lebih kurang 5 cm panjang, bawang, tauhu dan cili.

bila dah mendidih, masukkan bawang, tuna, bawang putih, serbuk cili dan air kimchi. kacau-kacau sikit pastu masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa, kacau dan biarkan selama 10 minit.

kemudian masukkan daun bawang, cili dan tauhu. biarkan kejap then siap! senang tak?senang tak?

SELAMAT MENCUBA!

Kimchi


ASSALAMU'ALAIKUM..

Eh?tuan belog ni hidup lagi rupanya! haha..lama nau tak ngapdatekan belog. nak buat cemana bz ngalahkan mr. PM (sebenarnya tak tau nak ngapdet ape. alasan kauuu kemain :p). now, dah nak grad dah pon. tinggal lagi 1 sem je lagi nak ngabiskan sisa-sisa hidup sebagai miss student. iAllah. kejap je kan masa berlalu. pejam celik dah nak habis beajar dah. rasanya baru je semalam sem 1. aiceh! lepas ni mesti dah tak best kan. orang cakap dunia pekerjaan tak se best dunia student. ye eh? walau papepon, doakan aku murah rezeki ye. dapat keje cepat-cepat nak nyetelkan hutang MARA. ngehngehngeh!

owh, oleh kerana dah cuti sem ni, aku sekarang dah ada hobi baru. hehe. semuanya sebab aku terjebak dengan gejala sosial yang kurang sihat! eh, bukan! semuanya sebab aku selalu tengok page Maangchi dengan MYILGI. page nih mengajau kite, anak-anak muda, membuat dan memasak makanan korea. so, selalu la aku menerjah 2 page ini. ada lagi 1 page aku selalu terjah. KFood Addict. page ni pon ngajau cecara nak wat makanan korea. melalui kombinasi 3 page tersebut,makanya aku telah mula belajar cara-cara membuat makanan korea. tapi takde la expert benau. yang sonang-sonang yo eden buat. sobab eden bukan roti masak pon. yang sonang tahap darjah 1 tu buleh la eden buat! hahaha..

Itu hari aku ada buat kimchi. 1st trial tak menjadi. mungkin sebab tak baca bismillah kot. rasa kimchi yang 1st trial tersangat la disaster! kalau makan tu, kau rasa macam nak mati lah! (amboi,melampau kauuu!). mungkin sebab pedas sangat plus rasa agak pelik. ntah apa salah aku kat kimchi tu sampai dia jadik cenggitu. sighh..

korang nak try buat tak?nak?nak?bayar dulu 50sen!
resepi ni aku dapat kat MYILGI. cuma aku ubah-ubah sikit je. tapi originalnya dari MYILGI. korang terjah la belog ni ye :)

bahan-bahan:

Kobis cina (besarr punya,around 1 kg)
1 cawan garam
12 cawan air

kobis cina tu, korang belah 2, pastu korang larutkan garam dalam air then korang rendamkan kobis tu selama 4 jam. setiap 2 jam, korang terbalikkan kobis tu biar dia betul-betul sebati dengan air garam tu dan pasti kan kobis tu betul-betul tenggelam tau. kalau tak tenggelam, korang letak la mangkuk ke apa kat atas kobis tu. jangan kau letak mangkuk jamban pulak! lepas dah 4 jam, basuh kobis tu dengan air bersih then toskan.

kobis yang dah siap dibasuh dan ditoskan

untuk bahan-bahan sos dia pulak,

6 ulas bawang putih
1/2 bawang
2 tbs jus halia
4 batang daun bawang
4 tbs sos ikan
3 tbs serbuk cili (kalau nak pedas korang lebihkan. tapi bagi aku 3 tbs nih pon giler dah pedasnya!)
3 biji cili
3 tbs gula
2 tbs tepung gandum larutkan dalam 12 tbs air

ini le rupe sos nya.

lepas dah larutkan tepung dalam air, masak dengan api yang sederhana sampai dia menggelegak lepas 2 tutup api and masukkan gula. kacau sampai gula tu larut.

blend atau tumbuk bawang putih, bawang, dan cili sampai lumat. pastu masukkan jus halia dan sos ikan then kacau.

masukkan campuran tepung+gula tadi then kacau. pastu masukkan serbuk cili pulak. potong daun bawang lebih kurang 5 cm dan masukkan kedalam campuran tadi.

kacau, kacau, kacau dan kacau lagi sampai sebati. lepas tu ratakan bahan-bahan ini atas kobis yang dah dibasuh tadi. ratakan pada setiap daun kobis. then, masukkan kobis yang dah disapu dengan sos ni kedalam bekas tertutup. biarkan selama 2-3 hari.

bubbles kecik akan muncul bile fermentation process berlaku. masa ni la kobis korang tu akan mertukar menjadi kimchi. so, jangan panik! haha..

lepas 2-3 hari, simpan dalam fridge. dah boleh makan dah!

simpan dalam bekas yang bertutup selama 2-3 hari.

dah boleh makan dah :)


p/s: masa nak ratakan sos kat atas kobis tu, pakai la gloves ke, plastik ke. sebab nanti tangan korang akan panas dek kerana serbuk cili+cili tu. tangan aku sampai kena rendam dalam ais. tak tahan panas beb!

Saturday, November 5, 2011

sayonara plant design!

hoyyeah! at last, subjek yang mencabar diriku sebagai seorang student akhirnya menemui pengakhiran! aiceh, ayat takleh blah..haha! giler aku sem nih..giler!! kau tahu kenapa giler? sebab wujudnya subjek plant design! sape budak chemical engineering tu tau lah macamana seksanya subjek nih..kan?kan? siusly, final year project takde la teruk sampai macam ni..tido tak basah, makan tak lena, mandi tak kenyang dek kerana plant design nih!  tak penah2 aku lepak mcD dari pukul 9 malam sampai 12 tengahari..tapi sebab subjek yang giler kentang nih, aku dah lalui semua tuh..balik rumah pukul 6 pagi, pukul 9 pagi pegi pulak discussion..subjek 6 credit hours bai! sape tak kecut ye dak? kalau bleh A, fuhh!! mencanak2 naik pointer kau!..emo2 tu takyah cakap la..yang selama nih baik je perangai, semua dah jadik pemarah tak tentu pasal..haha! macam lecturer aku cakap, kelas plant design nih kelas psikologi..yang tak penah2 menangis, jadik menangis tak tentu pasal..yang baik lemah lembut, jadik pemarah hangin2 satu badan..haha! siusly, memamng jadik macam tuh.. tahap stress dia, kalau kau bagi skala antara 1 hingga 10, 100 aku bagi..giler stress! lecturer aku cakap, kalau kat overseas, exam untuk paper plant design saje sampai 7 hari! naseb baik kat universiti aku takde final exam untuk paper nih..kalau tak mau nya aku jadik zombie..

bercerita pulak pasal project plant design kitorang nih, group aku kena buat pasal polyhydroxybutyrate (PHB) production..PHB nih sebenarnya biopolymer a.k.a bioplastic..kalau plastik bese2 yang kau buang tu takleh teruraikan?haa...bioplastic nih dia boleh terurai..kira environmental friendly la..bukan setakat buat plastik je boleh, untuk kegunaan medical pon boleh..contohnye, macam benang jahit yang doktor pakai untuk jahitan dalaman..oleh sebab PHB nih tak toksik dan boleh terurai, jadi doktor takyah la nak tanggalkan benang nih selepas pemulihan..berbalik pada project kitorang, kitorang guna bacteria nama dia alcaligenes latus untuk hasilkan PHB nih..so, kitorang kena la buat plant design (design kilang la maknanya), kena kira cost bagai, material and energy balances, waste treatment kilang kau cemana..ala, nak design sebuah kilang..macam2 la kena buat kan?..yang mencabarnya tang material ngan energy balances..berapa kali buat tak balance2..sumpah seranah jugak la..hehe..pastu tang nak run superpro punya software untuk design process flow dia tuh..lagi giler kentang! yang tu aku pas kat member aku..haha! aku benak sikit software2 bagai nih..kira2 pon benak juge..haha! so, selepas berhempas pulas buat report yang tebalnye macam yellow pages, pastu present plak lagi,makanya berakhirlah penyeksaan tersebut..tapi 1 lagi yang seksanya, disebabkan plant design ni la, hasrat aku nak balik kampung sambut raya aji tak kesampaian..sobs!sobs!sobs! raya kat perantauan la aku :(


nasehat aku pada bakal2 chem.eng student yang akan amek subjek nih, korang perlu bersedia mental dan fizikal..boleh giler bai! naseb bik aku kental..(ceh!perasaan!ahaha)..takpe2, kalau korang bersungguh mesti bleh punye..hehe

p/s: ouh, btw, minggu depan aku dah start final exam..wish me luck ye..pastu doakan skali aku dapat A plant design nih..hehe

takde gambo le nak share ngan korang kesungguhan kitorang buat plant design nih..sampai rabak2 seluar aku..sebabnya nset aku kena curik..takleh la nak camwhore lagi (=.=!)

Wednesday, July 6, 2011

kau rasa kucing dengar cakap tak?

pernah tak tengok kucing yang dengar cakap?pernah tak?pernah tak?..haa,mesti tak pernah kan?yang dah pernah tengok tu kau buat-buat xpernah tengok ok. bagi aku riak sikit!haha. 

aku tak tahu la kalau dalam dunia ni memang ade kucing yang ikot ape yang tuan dia suruh dia buat. kalau anjing tu lain cerita la kan. ingat lagi tak si liko? previous entry aku ade cite pasal si liko nih. si anak kucing jalanan yang aku kutip dan tatang bagai minyak yang penuh. wah kau!

semenjak dua menjak ni, si liko macam paham-paham je ape yang aku cakap ngan dia. seriau pulak aku! betol ke dia tu kucing ek? ataupon beliau seorang puteri yang terkena sumpahan raja-raja zaman dahulu kala?? si liko ni memang selalu tido dengan aku. itu hari, aku tido agak lambat jugak la. dalam 4 pagi. so, aku saje la gedik-gedik pesan kat dia suruh kejutkan aku pukul 6.30. aku cakap kat dia, "liko kejutkan kak ru pukul 6.30 karang ye. kalau kak ru tak bangun, liko geget je kaki kak ru". pagi tu, terkujat-kujat aku bangun sebab terkejut si liko geget kaki aku. aku tengok jam, tepat 6.30 doe!! tetiba aku rasa seriau bila dia pandang aku time aku dah bangun tu..haha!

semalam punya cerita pulak, aku letak si liko dalam sangkar sebab aku tengok dia macam nak kencing nak berak camtu la. aku pesan lagi kat dia, "nanti kang dah kencing panggil tau". masa aku tengah dok surfing-surfing, tetiba dia mengiau. aku wat donno je memula tu. tapi makin kuat pulak dia mengiau. aku pegi la tengok.ouh! dia dah kencing rupanya. patot la dia panggil aku (sambil dalam kepala kemain banyak question mark! =D)

kalau kau nak tahu, liko nih memang spesis yang menikus gile babeng punya. pantang nampak mende bergerak sikit mesti nak terkam. pastu, pantang orang nak sentuh dia sikit mesti dia nak geget. geget gurau-gurau la. tapi gurau tak gurau jugak. bengkak bengkil jugak tangan aku. calar balar takyah cakap la. memang gurau kasar si liko nie..hehe! so, semalam aku saje la nak test liko ni. aku tickle2 perot dia. seblom tu aku pesan kat dia, "liko jangan main kasar sangat tau. jangan geget kuat sangat. sakit tangan kak ru nanti kang". sah-sah dia paham cakap aku! OMG! aku teros acu rifle kat kepala dia sebab aku dah tau dia bukan seekor kucing! dia mesti ejen FBI!! ok, aku over reacted.. (=.=!)..dia paham ape aku cakap weh! memang dia geget lembut je. takde kuat-kuat macam yang dia selalu geget tu. aku pon puji la dia, "wah! pandainya liko kak ru nih. dah pandai dengar cakap dah", ngapp!! teros dia geget aku sekuat ati dia! kuang asam punya kuceng!! tak makan puji langsung!

ptuii!!kau ingat aku nak dengar cakap kau sangat ke??


moral of the story: kau jangan percaya sangat kat kuceng.!!siyesly!...

Wednesday, June 29, 2011

likoku lari gagah berani


worh! dah 2 bulan 20 hari belog aku nih tidak mendapat hidayah untuk di update. ngeh3! lepas je exam bulan 5 ari tu, terus kena proceed dengan plant design punye presentation. itu pasal la belog ini terpaksa ditinggalkan sebentar atas tanggungjawab sebagai student. poyo la kau! 

ok! straight to the point! sebab aku tak gheti nak mengarut panjang2. hehe! entri kali nih aku nak cite pasal seorang kuceng nih yang kitorang jumpe dan kitorang tatang bagai minyak yang penuh! tapi dia lari ikot bangla mana tah! ok,tipu..

itu hari, 30hb mei 2011 bersamaan 1.00 am, kitorang otw nak balik rumah lepas dah bersuka ria. tetiba nak masuk simpang taman kitorang tu, ade la sekor anak kuceng nih duduk kat tengah2 jalan. oleh kerana aku adelah pro-driver, makanya anak kuceng tu aku elak selamba je! (padahal anak kuceng tuh dok kat jalan sebelah). masa tuh aku dah pecut laju dah nih. tangan dah nak tekan NOS dah nih, tetiba housemate aku suruh patah balik sebab kesian tengok anak kuceng tu. makanya,aku termakan la pujuk rayu beliau lalu aku pon patah la balik. kitorang tengok si anak kuceng ni basah kuyup dengan air longkang. kesian! kitorang try jugak la cari kemana menghilangnya bunda terchenta beliau, tetapi hampa! makanya,kami membuat spekulasi bahawasanya bunda beliau telah meninggalkan beliau semasa beliau tengah bersusah payah memanjat longkang. or maybe, bunda beliau sengaja nak buang beliau. makanya ditolak la si beliau nih kedalam longkang lalu zasss, menghilangkan diri! kan trend buang anak sekarang. tak mustahil la kuceng pon nak ikot sama (hah???). dah bawak balik si kuceng nih kerumah, kitorang mengecheck jantina beliau. naseb baik betina! kalau jantan kang kena sound tak pasal je dengan jiran sebab bawak masuk jantan dalam rumah. LOL!. kitorang berlima pon bergotong-royong dan bertungkus-lumus memandikan si anak kuceng nih. yang aku herannya kalau study takde pulak nak bertungkus-lumus sampei macam tuh!

first night tido rumah kitorang :)

malam tu jugak, kitorang tangkap sekor ibu kuceng nih, yang selalu je melepak dalam rumah kitorang dan paksa dia bagi minum susu kat anak kuceng nih sambil kitorang mengacu AK47 kat kepala dia! punya la kedekut susu si ibu kuceng nih. takde sifat keibuan langsung bile dah tengok anak kuceng tu lapar. dah acu AK47 pon masih kedekut lagi. tak makan saman betol! makanya, kitorang terpaksa bermain cara kasar! sorang pegang kepala,sorang pegang kaki. bole la si anak kuceng tu merasa susu si ibu durjana nih walaupon sikit. esoknya, sampai la hari ni, batang hidung si ibu kuceng nih tak namapk-nampak dah. malu agaknya nak bersosial ngan masyarakat sebab dah dicabul kehormatan. haha! 

esoknya jugak, kitorang pergi carik susu untuk kuceng kat klinik haiwan. dan, kitorang jugak bz 1 hari sebab dok google nama yang sesuai untuk si anak kuceng nih. kau tengok! kalau google info untuk buat lab report ke, assignment ke, tak pernah nye bersungguh sampai 1 hari. paling lama pon sejam! makanya, google punya google, kitorang pon sepakat membawa berkat untuk namakan beliau LIKO yang bermaksud good girl in japanese. tapi tak tahu la betol ke tak. kau paham-paham je la google translate kan. janji sedap dengar sudeyh! 

tapi beberapa minggu selepas itu, 1 lagi dilema terpaksa kitorang hadapi iaitu siapa yang nak kena bawak balik si liko nih. sebabnya dah dekat nak cuti semester time tu. oleh sebab aku sorang je yang balik kampung naik kete, makanya tanggunjawab tu secara otomatiknya jatuh kat aku. aku mula-mula tu memang dah surrender tanak bawak balik. takot mak aku bising! so, kitorang decide nak buang aje si liko nih kat pasar. tapi satu hari tuh, aku tengok si liko nih rasa macam sayang la pulak. sayang nak buang. sebab dia comel sangat. sedih pulak rasanya. tiba-tiba rasa macam nak tengok dia membesar menjadi wanita yang cantik molek kat depan mata (LOL!). makanya aku pon decide bawak balik aje la si liko nih. lantak la mak aku ke,ayah aku ke nak bising-bising.



sebab dia buat muka sedih camni la aku
tak jadi nak buang dia.  haha!

pastu, aku cakap kat dia "liko ikot kakak balik tganu ye"
teros dia buat muka camni!

pastu teros update status FB ngan twitter dia
 "yay! nak balik tganu wif kak ru!".

makanya, 14hb may 2011, bermula lah perjalanan liko pulang ke terengganu. mula-mula tu bising tak yah cakap la. mengiau je keje dia sampai naik muak telinga aku. naseb tak tepikior nak tinggal aje tepi jalan. haha! dah masuk sempadan terengganu, baru la aku tahu kuceng pon mabuk juge ye. si liko asyik muntah je. muntah pon keluar air liur dia aje. kesian sangat-sangat tengok dia lembik je. makanya aku pon tekon NOS supaya cepat sampai. haha! 

ini bukan kuceng mabuk todi ye. ini kucing mabuk naik kete. haha!

dah sampai terengganu tuh, aku buat muka kering je time mak ngan ayah aku balik keje. takot kena marah bawak balik kuceng. huhu! tapi lain pulak jadiknya. mak ngan ayah aku lek je. mula-mula aku letak liko nih kat luar. pastu ayah aku suruh bawak masuk dalam rumah. takot ular ke ape ke msuk dalam cage si liko kang, tak pasal je mati dalam iman. takleh nak lari kemana. makanya, liko pon bermaharajalela la kat dalam rumah aku tu. habes semua pasu bunga mak aku hancus, si liko nih punya keje. naseb tak kena marah. hehe! dah jadik kesayangan, takkan kena marah punye. sampaikan mak aku nak jahit baju untuk liko. ayah aku pulak, balik keje aje panggil liko. kot la nak panggil aku dulu ke. mak aku kadang-kadang call aku time dah balik melaka nih, asek tanya likooo aje. first yang dia akan tanya, "liko mane?sehat ke dia?". kot la nak tanye anak dia nih dulu sehat ke tak,makan ke tak lagi. kan?kan?kan?.

sekarang liko pon dah besor. tak sabo pulak aku nak tengok dia ade anak-anak karang. bleh la aku jadik mak sedara dorang. miahaha! tapi si liko nih memang cepat besor pon. mane taknya keje dia asek makan, tidor, pastu geget tangan orang, geget kaki orang. tu aje la keje dia. bile orang tengah jalan nak gi dapur ke, toilet ke, keje dia asek nak terkam kaki orang je. nih time aku ngah dok mengarut pasal entri nih pon dia tengah syok-syok geget kaki aku nih. kot la nak tolong masak ke dulu jap, basuh kete ke. paling-paling koman pon pegi le siram pokok kat depan rumah tu ke. haishh!

liko's territory - bawah mesin jahit mak aku!

ni tengah besedia nak terkam kaki orang nih!
kuang asam punya kuceng nih!

muka eksyen bila dah geget kaki orang!

keluar bersosial mesti kena guard. kalau tak jawabnye
ke jalan besor le dia nih pegi!

p/s: 
"kau pehal tak puas hati ngan aku?", -ayat peberet liko =D-