Saturday, November 5, 2011

sayonara plant design!

hoyyeah! at last, subjek yang mencabar diriku sebagai seorang student akhirnya menemui pengakhiran! aiceh, ayat takleh blah..haha! giler aku sem nih..giler!! kau tahu kenapa giler? sebab wujudnya subjek plant design! sape budak chemical engineering tu tau lah macamana seksanya subjek nih..kan?kan? siusly, final year project takde la teruk sampai macam ni..tido tak basah, makan tak lena, mandi tak kenyang dek kerana plant design nih!  tak penah2 aku lepak mcD dari pukul 9 malam sampai 12 tengahari..tapi sebab subjek yang giler kentang nih, aku dah lalui semua tuh..balik rumah pukul 6 pagi, pukul 9 pagi pegi pulak discussion..subjek 6 credit hours bai! sape tak kecut ye dak? kalau bleh A, fuhh!! mencanak2 naik pointer kau!..emo2 tu takyah cakap la..yang selama nih baik je perangai, semua dah jadik pemarah tak tentu pasal..haha! macam lecturer aku cakap, kelas plant design nih kelas psikologi..yang tak penah2 menangis, jadik menangis tak tentu pasal..yang baik lemah lembut, jadik pemarah hangin2 satu badan..haha! siusly, memamng jadik macam tuh.. tahap stress dia, kalau kau bagi skala antara 1 hingga 10, 100 aku bagi..giler stress! lecturer aku cakap, kalau kat overseas, exam untuk paper plant design saje sampai 7 hari! naseb baik kat universiti aku takde final exam untuk paper nih..kalau tak mau nya aku jadik zombie..

bercerita pulak pasal project plant design kitorang nih, group aku kena buat pasal polyhydroxybutyrate (PHB) production..PHB nih sebenarnya biopolymer a.k.a bioplastic..kalau plastik bese2 yang kau buang tu takleh teruraikan?haa...bioplastic nih dia boleh terurai..kira environmental friendly la..bukan setakat buat plastik je boleh, untuk kegunaan medical pon boleh..contohnye, macam benang jahit yang doktor pakai untuk jahitan dalaman..oleh sebab PHB nih tak toksik dan boleh terurai, jadi doktor takyah la nak tanggalkan benang nih selepas pemulihan..berbalik pada project kitorang, kitorang guna bacteria nama dia alcaligenes latus untuk hasilkan PHB nih..so, kitorang kena la buat plant design (design kilang la maknanya), kena kira cost bagai, material and energy balances, waste treatment kilang kau cemana..ala, nak design sebuah kilang..macam2 la kena buat kan?..yang mencabarnya tang material ngan energy balances..berapa kali buat tak balance2..sumpah seranah jugak la..hehe..pastu tang nak run superpro punya software untuk design process flow dia tuh..lagi giler kentang! yang tu aku pas kat member aku..haha! aku benak sikit software2 bagai nih..kira2 pon benak juge..haha! so, selepas berhempas pulas buat report yang tebalnye macam yellow pages, pastu present plak lagi,makanya berakhirlah penyeksaan tersebut..tapi 1 lagi yang seksanya, disebabkan plant design ni la, hasrat aku nak balik kampung sambut raya aji tak kesampaian..sobs!sobs!sobs! raya kat perantauan la aku :(


nasehat aku pada bakal2 chem.eng student yang akan amek subjek nih, korang perlu bersedia mental dan fizikal..boleh giler bai! naseb bik aku kental..(ceh!perasaan!ahaha)..takpe2, kalau korang bersungguh mesti bleh punye..hehe

p/s: ouh, btw, minggu depan aku dah start final exam..wish me luck ye..pastu doakan skali aku dapat A plant design nih..hehe

takde gambo le nak share ngan korang kesungguhan kitorang buat plant design nih..sampai rabak2 seluar aku..sebabnya nset aku kena curik..takleh la nak camwhore lagi (=.=!)

Wednesday, July 6, 2011

kau rasa kucing dengar cakap tak?

pernah tak tengok kucing yang dengar cakap?pernah tak?pernah tak?..haa,mesti tak pernah kan?yang dah pernah tengok tu kau buat-buat xpernah tengok ok. bagi aku riak sikit!haha. 

aku tak tahu la kalau dalam dunia ni memang ade kucing yang ikot ape yang tuan dia suruh dia buat. kalau anjing tu lain cerita la kan. ingat lagi tak si liko? previous entry aku ade cite pasal si liko nih. si anak kucing jalanan yang aku kutip dan tatang bagai minyak yang penuh. wah kau!

semenjak dua menjak ni, si liko macam paham-paham je ape yang aku cakap ngan dia. seriau pulak aku! betol ke dia tu kucing ek? ataupon beliau seorang puteri yang terkena sumpahan raja-raja zaman dahulu kala?? si liko ni memang selalu tido dengan aku. itu hari, aku tido agak lambat jugak la. dalam 4 pagi. so, aku saje la gedik-gedik pesan kat dia suruh kejutkan aku pukul 6.30. aku cakap kat dia, "liko kejutkan kak ru pukul 6.30 karang ye. kalau kak ru tak bangun, liko geget je kaki kak ru". pagi tu, terkujat-kujat aku bangun sebab terkejut si liko geget kaki aku. aku tengok jam, tepat 6.30 doe!! tetiba aku rasa seriau bila dia pandang aku time aku dah bangun tu..haha!

semalam punya cerita pulak, aku letak si liko dalam sangkar sebab aku tengok dia macam nak kencing nak berak camtu la. aku pesan lagi kat dia, "nanti kang dah kencing panggil tau". masa aku tengah dok surfing-surfing, tetiba dia mengiau. aku wat donno je memula tu. tapi makin kuat pulak dia mengiau. aku pegi la tengok.ouh! dia dah kencing rupanya. patot la dia panggil aku (sambil dalam kepala kemain banyak question mark! =D)

kalau kau nak tahu, liko nih memang spesis yang menikus gile babeng punya. pantang nampak mende bergerak sikit mesti nak terkam. pastu, pantang orang nak sentuh dia sikit mesti dia nak geget. geget gurau-gurau la. tapi gurau tak gurau jugak. bengkak bengkil jugak tangan aku. calar balar takyah cakap la. memang gurau kasar si liko nie..hehe! so, semalam aku saje la nak test liko ni. aku tickle2 perot dia. seblom tu aku pesan kat dia, "liko jangan main kasar sangat tau. jangan geget kuat sangat. sakit tangan kak ru nanti kang". sah-sah dia paham cakap aku! OMG! aku teros acu rifle kat kepala dia sebab aku dah tau dia bukan seekor kucing! dia mesti ejen FBI!! ok, aku over reacted.. (=.=!)..dia paham ape aku cakap weh! memang dia geget lembut je. takde kuat-kuat macam yang dia selalu geget tu. aku pon puji la dia, "wah! pandainya liko kak ru nih. dah pandai dengar cakap dah", ngapp!! teros dia geget aku sekuat ati dia! kuang asam punya kuceng!! tak makan puji langsung!

ptuii!!kau ingat aku nak dengar cakap kau sangat ke??


moral of the story: kau jangan percaya sangat kat kuceng.!!siyesly!...

Wednesday, June 29, 2011

likoku lari gagah berani


worh! dah 2 bulan 20 hari belog aku nih tidak mendapat hidayah untuk di update. ngeh3! lepas je exam bulan 5 ari tu, terus kena proceed dengan plant design punye presentation. itu pasal la belog ini terpaksa ditinggalkan sebentar atas tanggungjawab sebagai student. poyo la kau! 

ok! straight to the point! sebab aku tak gheti nak mengarut panjang2. hehe! entri kali nih aku nak cite pasal seorang kuceng nih yang kitorang jumpe dan kitorang tatang bagai minyak yang penuh! tapi dia lari ikot bangla mana tah! ok,tipu..

itu hari, 30hb mei 2011 bersamaan 1.00 am, kitorang otw nak balik rumah lepas dah bersuka ria. tetiba nak masuk simpang taman kitorang tu, ade la sekor anak kuceng nih duduk kat tengah2 jalan. oleh kerana aku adelah pro-driver, makanya anak kuceng tu aku elak selamba je! (padahal anak kuceng tuh dok kat jalan sebelah). masa tuh aku dah pecut laju dah nih. tangan dah nak tekan NOS dah nih, tetiba housemate aku suruh patah balik sebab kesian tengok anak kuceng tu. makanya,aku termakan la pujuk rayu beliau lalu aku pon patah la balik. kitorang tengok si anak kuceng ni basah kuyup dengan air longkang. kesian! kitorang try jugak la cari kemana menghilangnya bunda terchenta beliau, tetapi hampa! makanya,kami membuat spekulasi bahawasanya bunda beliau telah meninggalkan beliau semasa beliau tengah bersusah payah memanjat longkang. or maybe, bunda beliau sengaja nak buang beliau. makanya ditolak la si beliau nih kedalam longkang lalu zasss, menghilangkan diri! kan trend buang anak sekarang. tak mustahil la kuceng pon nak ikot sama (hah???). dah bawak balik si kuceng nih kerumah, kitorang mengecheck jantina beliau. naseb baik betina! kalau jantan kang kena sound tak pasal je dengan jiran sebab bawak masuk jantan dalam rumah. LOL!. kitorang berlima pon bergotong-royong dan bertungkus-lumus memandikan si anak kuceng nih. yang aku herannya kalau study takde pulak nak bertungkus-lumus sampei macam tuh!

first night tido rumah kitorang :)

malam tu jugak, kitorang tangkap sekor ibu kuceng nih, yang selalu je melepak dalam rumah kitorang dan paksa dia bagi minum susu kat anak kuceng nih sambil kitorang mengacu AK47 kat kepala dia! punya la kedekut susu si ibu kuceng nih. takde sifat keibuan langsung bile dah tengok anak kuceng tu lapar. dah acu AK47 pon masih kedekut lagi. tak makan saman betol! makanya, kitorang terpaksa bermain cara kasar! sorang pegang kepala,sorang pegang kaki. bole la si anak kuceng tu merasa susu si ibu durjana nih walaupon sikit. esoknya, sampai la hari ni, batang hidung si ibu kuceng nih tak namapk-nampak dah. malu agaknya nak bersosial ngan masyarakat sebab dah dicabul kehormatan. haha! 

esoknya jugak, kitorang pergi carik susu untuk kuceng kat klinik haiwan. dan, kitorang jugak bz 1 hari sebab dok google nama yang sesuai untuk si anak kuceng nih. kau tengok! kalau google info untuk buat lab report ke, assignment ke, tak pernah nye bersungguh sampai 1 hari. paling lama pon sejam! makanya, google punya google, kitorang pon sepakat membawa berkat untuk namakan beliau LIKO yang bermaksud good girl in japanese. tapi tak tahu la betol ke tak. kau paham-paham je la google translate kan. janji sedap dengar sudeyh! 

tapi beberapa minggu selepas itu, 1 lagi dilema terpaksa kitorang hadapi iaitu siapa yang nak kena bawak balik si liko nih. sebabnya dah dekat nak cuti semester time tu. oleh sebab aku sorang je yang balik kampung naik kete, makanya tanggunjawab tu secara otomatiknya jatuh kat aku. aku mula-mula tu memang dah surrender tanak bawak balik. takot mak aku bising! so, kitorang decide nak buang aje si liko nih kat pasar. tapi satu hari tuh, aku tengok si liko nih rasa macam sayang la pulak. sayang nak buang. sebab dia comel sangat. sedih pulak rasanya. tiba-tiba rasa macam nak tengok dia membesar menjadi wanita yang cantik molek kat depan mata (LOL!). makanya aku pon decide bawak balik aje la si liko nih. lantak la mak aku ke,ayah aku ke nak bising-bising.



sebab dia buat muka sedih camni la aku
tak jadi nak buang dia.  haha!

pastu, aku cakap kat dia "liko ikot kakak balik tganu ye"
teros dia buat muka camni!

pastu teros update status FB ngan twitter dia
 "yay! nak balik tganu wif kak ru!".

makanya, 14hb may 2011, bermula lah perjalanan liko pulang ke terengganu. mula-mula tu bising tak yah cakap la. mengiau je keje dia sampai naik muak telinga aku. naseb tak tepikior nak tinggal aje tepi jalan. haha! dah masuk sempadan terengganu, baru la aku tahu kuceng pon mabuk juge ye. si liko asyik muntah je. muntah pon keluar air liur dia aje. kesian sangat-sangat tengok dia lembik je. makanya aku pon tekon NOS supaya cepat sampai. haha! 

ini bukan kuceng mabuk todi ye. ini kucing mabuk naik kete. haha!

dah sampai terengganu tuh, aku buat muka kering je time mak ngan ayah aku balik keje. takot kena marah bawak balik kuceng. huhu! tapi lain pulak jadiknya. mak ngan ayah aku lek je. mula-mula aku letak liko nih kat luar. pastu ayah aku suruh bawak masuk dalam rumah. takot ular ke ape ke msuk dalam cage si liko kang, tak pasal je mati dalam iman. takleh nak lari kemana. makanya, liko pon bermaharajalela la kat dalam rumah aku tu. habes semua pasu bunga mak aku hancus, si liko nih punya keje. naseb tak kena marah. hehe! dah jadik kesayangan, takkan kena marah punye. sampaikan mak aku nak jahit baju untuk liko. ayah aku pulak, balik keje aje panggil liko. kot la nak panggil aku dulu ke. mak aku kadang-kadang call aku time dah balik melaka nih, asek tanya likooo aje. first yang dia akan tanya, "liko mane?sehat ke dia?". kot la nak tanye anak dia nih dulu sehat ke tak,makan ke tak lagi. kan?kan?kan?.

sekarang liko pon dah besor. tak sabo pulak aku nak tengok dia ade anak-anak karang. bleh la aku jadik mak sedara dorang. miahaha! tapi si liko nih memang cepat besor pon. mane taknya keje dia asek makan, tidor, pastu geget tangan orang, geget kaki orang. tu aje la keje dia. bile orang tengah jalan nak gi dapur ke, toilet ke, keje dia asek nak terkam kaki orang je. nih time aku ngah dok mengarut pasal entri nih pon dia tengah syok-syok geget kaki aku nih. kot la nak tolong masak ke dulu jap, basuh kete ke. paling-paling koman pon pegi le siram pokok kat depan rumah tu ke. haishh!

liko's territory - bawah mesin jahit mak aku!

ni tengah besedia nak terkam kaki orang nih!
kuang asam punya kuceng nih!

muka eksyen bila dah geget kaki orang!

keluar bersosial mesti kena guard. kalau tak jawabnye
ke jalan besor le dia nih pegi!

p/s: 
"kau pehal tak puas hati ngan aku?", -ayat peberet liko =D-















Saturday, April 9, 2011

photoshoot main-main + gedik-gedik

seriously aku memang minat giler bidang photography nie. kadang-kadang rasa macam silap amek kos pulak. haha! (perasan pulak kau!) tapi aku takde la giler-giler bangang expert pasal photography nie. sekadar untuk mengedix bole la. haha!






Dan aku sangat suke menjadikan cik zaiefa ni sebagai model aku. lagipon dia memang camwhore! haha. 


Cik Hani ni pon aku suke jadikan model aku jugak. haha! tapi, tak seperti cik zaiefa, cik hani nie malu-malu taik kuceng sikit. jadi tak banyak la gambar dia yang aku amek. ni pon candid nih! haha..

p/s: oleh kerana aku takde camera dslr, aku pakai camera phone sony w705 je. quality gambar xcantek sangat. tapi untuk mengedix tu boley la. isk! bile agaknye aku bleh dapat dslr ye??

WARNING!: ini entry syok sendiri saje!

Thursday, March 31, 2011

DAJJAL kah ini?

sentap aku bile kawan aku tag post kat aku pasal minah nih..JASMIN SELALU HEPI! (hepi sangat ke??)


Jasmine Slalu Hepi
Jasmine selalu hepi
korang nilai la sendiri. makin lama makin ramai makhluk-makhluk macam dia nih muncul..

Tuesday, March 29, 2011

alahai pemandu pompuan!

wah kau! arini aku baca paper kot! (naif betol!). tetengah dok baca utusan online 29 march 2011 tuh, tetiba aku terbaca tajuk PEMANDU WANITA MERBAHAYA?. masuk sidang dewan rakyat lagi. ceh!! (bunyik macam nak cari gadoh!) aku sokong 82.5%. haha! kenapa aku cakap camtuh?aku kan pompuan jugak? atapon aku adelah lelaki? ape aku ngarot pepagi nih? sindrom pagi barangkali..wehh!!!ngarot-ngarot!!

camnih, kenapa aku cakap camtuh? ianya adelah kerana (wah kau!ayat takleh blah..haha!) aku pernah mengalami pengalaman-pengalaman menyampah kot dengan pemandu wanita nih..hehe! tapi aku nak cite 1 aje pengalaman menyampah. yang nih memang top 1 la bagi aku. tabek spring la kat pompuan nih!

time tu ayah aku tengah drive kete. nak pegi umah atok aku. jalan yang ayah aku bawak kete tuh smooth je keadaan trafiknye (nah kau ayat!), tapi jalan yang sebelah lagi tuh memang jem teruk. tengah syok-syok ayah aku memecut 160 km/hr (bohong la kau!), tetiba je kat depan petronas, elok je ade satu kete nih merentang jalan! jalan utama nih! selamba bluehippo je dia merentang jalan tuh macam jalan tuh bapak mertua sebelah adik ipar abang laki dia je! maybe dia dah boring sangat tunggu jalan yang jem tuh bergerak, sebab dia nak masuk jalan tu, terus dia rentang jalan yang tak jem nih. tak sabo-sabo! ayah aku pon hon la. kot la dia nak reverse balik ke hape,bagi orang yang dok kat main road nih lalu dulu. punye luas jalan kat blakang dia tuh. bleh aje dia reverse. men drift-drift dulu ke. ini idak, tunjuk penumbuk siap kau! sambil dok tekumat kamit membebel. nak aje aku bagi middle finger! belom sempat aku bagi middle finger, (macam berani je! tak senonoh!) ayah aku dah tunjuk penumbuk dah. dan-dan terus reverse. ingatkan ayah aku je yang hangin dengan pompuan tuh. kete lain kat belakang pon hon berjemaah ramai-ramai. serves u right! patotnye langgo je kete dia secara berjemaah..kan?kan? haha!

lagi yang aku hangin, pemandu wanita nih kan, bagi pandangan aku la. sebab aku selalu terkena. dorang ni, kalau nak masuk simpang ke, tukar lane ke, bukannye reti nak bagi signal. aku tak tahu le ape fungsinye signal tu kat kete dorang tuh. maybe sekadar hiasan kot. atapon saje-saje orang yang buat kete tu letak. nak bagi nampak stylo sket. bagi nampak semart sket. yang paling penting maybe nak bagi nampak ghupe cam kete kot! (what???). lagi satu kalau berselisih kat jalan sempit, bukan nak angkat tangan ke, paling-paling koman pon angguk atapon senyum ke bile orang dah bagi jalan tuh. ini idak! di bagi nye muke yang garang siap dengan pakej jelingan menusuk kalbu lagi. adoyai! ade pulak siap buat muke berlagak lagi! aduss, keciwa betol hati ini!

entry aku nih bukan nak mengondem kaum hawa sebab aku ni pon kaum hawa juge. aku pon kadang-kadang bawak sesuke hati je. orang teganu cakap ikot se..hehe! tapi lenkali bawak kete tu mikior le orang lain sama. sakit telinge aku bile orang laki dok cite pasal cara kite nih, pemandu-pemandu wanita diluar sane, bawak kete. aku nak cantas dorang cakap pon tak tahu nak masuk celah mane, tak tahu nak backup camne. sebabnye ape yang dorang cakap tu betol. jalan nih kite kongsi. kalau jalan bapak kau takpe le kau nak buat macam-macam.

p/s: tapi, laki pon lebih kurang je perangai bawak kete tu dengan pompuan..kan?kan?
peace, no war! =D


Wednesday, March 16, 2011

show me your bff contest!

ouh!aku sungguh excited nih! first time join contest sejak-sejak bergelar blogger nih. aiceh! haha..contestnye cam menarik je. walapon aku nih zero knowledge pasal contest yang blogger-blogger otai buat nih, aku nak join jugak. hehe! try tak salah kan? menang lagi best. haha! sape-sape nak membontoti aku join contest nih, sile la klik link kat bawah gambar tu ye. moh le kite ghamai-ghamai meriahkan contest cik nurulBadiah nih. hehe! 



syarat-syarat contest adelah:-

1: Terbuka kepada followers blog "Because She is NurulBadiah" .so sekiranya bukan followers..anda perlu follow terlebih dahulu sebelum menyertainya.

2. Korang kene Copy Banner/Gambar contest diatas dan Paste kn dekat entry contest anda.Kemudian korang Kena letak Banner/Gambar Contest diatas di SideBar Blog Korang and Link kan Banner tersebut ataupun link kn kat bawah Banner tersebut ke 

3. Korang Kena buat entry pasal " Show Me Your BFF Contest" dimana korang kena letakkan link ke Blog ini didalam entry tersebut.

4: Entry Korang hendaklah disertakan dengan Sekeping Gambar bersama BFF korang xkira berapa ramai pon berserta dengan sedikit kata-kata dibawah gambar tersebut.

Ayat anda harus bermula dengan:

Dear Nurulbadiah Lai,
bla..bla..bla..(tell me in short about your bff)


5.Tagkan Kepada 4 blogger yang aktif and make sure diorang tahu telah Di Tag.

6. Pastekan entry Contest yang korang buat diruangan komen dekat entry ni..

7: 2 pemenang akan dipilih berdasarkan gambar bersama BFF yang paling menarik..hadiah misteri menanti seperti Dress dan shawls.

8.Tarikh tutup: 15 April 2011

(PENYERTAAN ADALAH TERHAD)

okeh! enuf syarat-syarat penyertaan. hehe! now aku nak cite pasal bff aku pulak nih. sedia??go!!

Dear Nurulbadiah Lai,

saya bahawasanya ingin meng'introduce' bff saya yang superduper best nih!.. TADAAA!


namanye adelah uswatun hasanah ramli atapon lebih glemer dipanggil kakton. kakton ni memang best giler! siyus best..korang gitau mana nak dapat kawan yang sanggup basuh baju, pakaian yang dalam-dalam korang tuh.. dengan tangan okey! bukan basuh pakai washing machine. yang tolong pakaikan baju ntok korang, tolong pakaikan tudung ntok korang time korang memang takleh langsung buat mende tu sume. tolong bagi korang makan ubat sume, masak ntok korang lagi.  

time tu kitorang 1 umah eksiden. kakton je yang sehat walafiat. hehe! dia la yang jaga kitorang macam jaga anak sendiri. time tu masing-masing mak ayah jauh kat kampung. so, mak ayah kitorang memang harapkan kakton nie je la ntok tengok-tengokkan kitorang. masa mule-mule eksiden dia ulang alik dari hospital alor gajah kat melaka, ke hospital tampin negeri sembilan sebab kitorang terpisah hospital..hehe! bayangkan tayar dia pancit time otw nak pegi kat kitorang. malam pulak tu. satu hal pulak nak kena cari orang pomen. tapi dia tetap jugak sampai kat hospital tu. siap dia nanges-nanges lagi bile tau kitorang eksiden. 

seriously dia memang da best! kalau setiap kali ade besday sape-sape antara kitorang, memang dia slalu buat surprise. pandai giler dia blakon wat-wat lupa besday kite. of coz la kite sedey kan kalau bff lupe besday kite. pastu tetibe je dia datang bawak kek nyanyi hepi besday. terharu! hehe..bagi kitorang dia bukan setakat bff tapi lebih dari tu. dah macam kakak kitorang dah. dah macam adik bradik sendiri. walapon sekarang nih dia dah takde, takde sebab dia dah keje dah. bukan dah meninggal. kitorang blaja tak abes lagi..hehe! dia still kontek ngan kitorang. tanye kabo. kadang-kadang datang melawat kitorang kat uni nih. i lebiu kakton!!!

asal cite pasal nih je mesti nak ter'emo'..hehe..sori ye..


nih adelah budak-budak degil yang tak dengar kate..haha! selalu wat kakton naik hangin. haha! 


E tak brape nak jadi..haha!


ouh3, btw saya tag 

Sunday, March 13, 2011

"CHARITY BATTLE OF THE BAND"

ouh3! semalam aku pergi event kat uni kitorang. "CHARITY BATTLE OF THE BAND". sangat best! pecah gegendang telinga, luruh habis segala jantung, hati, buah pinggang, pankreas. haha! actually dah banyak kali dah uni kitorang buat battle of the band nih. tapi memandangkan aku nih outsider, malas la aku nk join. hehe! semalam pon aku pegi sebab housemate aku AJK event nih. kira nih event yang dorang anjurkan. 1 lagi, pasal ade band luar jugak yang join. dari Uniten, Utem, Unikl MFI dan Unikl Mitec. time kaseh la ye sebab datang memeriahkan battle of the band nih. hehe! selalunya lawan antara band dalam uni kitorang je. kira ni 1st time la invite orang luar. so, sambil menyelam minum air. buleh cuci-cuci mate sikit. haha! (gatal tak bertempat!ceh!). lagipon, sebagai clasmate yang mempunyai semangat assabiyah yang kuat, aku nak pegi menyokong clasmate aku yang masuk bertanding gak. band dia menang tempat pertama kot! tapi sayangnye aku tak sempat tengok dia perform. ntah mane aku pergi time tu. haish! mane-mane sumbangan yang didermakan oleh peserta dan audience akan didermakan pada badan kanser. kanser ape aku pon tak tahu. sebab aku tukang sebok je kat situ!. haha!


AJK yang kiut miut. haha!



orang dok perform kat depan, minah-minah nih sebok dok bergambar! haha
dah penat-penat perform, bergambo kenang-kenangan la pulak kan..hehe

Saturday, March 12, 2011

18sx punye entri!

tajuk nak tarik perhatian kan? haha!. btw, kalau la blogspot nih ade award untuk blog paling bersawang yang dah lame tak update, mesti blog aku ni la pemenang utamanye..kuikui! OK enuf pembuka kata. hehe! kali nih aku nak story pasal pemikiran manusia yang bagi aku tak brape nak genius dan of coz menyimpang jauh dari ajaran islam. entri nih mengandungi unsur-unsur 18sx sikit ye. kalo ade readers yang bawah 18 tu, sile-sile la jangan bace. kalau nak bace jugak aku tak bertanggungjawab atas segala gangguan mental atau fizikal yang akan korang alami. hahah!!


KES 1:

wah! dah macam ape dah ade kes-kes bagai. haha! orait-orait, hari tu aku ade lepak-lepak dengan member aku. ade la sorang hamba ALLAH ni bercerita pasal kawan dia yang dah terlanjur. aku namekan dia ali la ye. bagi memudahkan korang paham ape aku nak cerita nih. kawan si ali ni lelaki. let's say aku namekan dia abu. si abu nih dah terlanjur dengan awek dia sampai awek dia tu mengandung. lepas dah mengandung tu, dorang tak tau nak nuat ape, dorang pergi la gugurkan kandungan. lepas je kejadian gugurkan kandungan tu, si ali nih cakap, si abu tu memang totally change! selalu pergi masjid, semayang tak pernah tinggal. semua yang mungkar-mungkar tu dia tinggalkan. awek si abu tu pon macam tu. berubah secara drastik. so, si ali ni tanye la si abu, apasal kau berubah sampai macam nih? si abu jawab, "aku takot la. aku takot nanti anak aku tuntut aku kat akhirat". dia takot sangat-sangat pasal dia dah buat dosa besar. berzina dah satu hal, pastu pergi gugurkan pulak anak dia. 

ALHAMDULILLAH si abu nih sedar dosa dia selama nih. tapi, yang aku terkilannye adelah pasal si ali nih. aku ingatkan dia nak cakap dia pon nak tinggal la semua mende-mende dosa nih. nak berubah jadik macam abu jugak. tapi korang tau dia cakap pe? dia cakap, "aku pon takut la bila si abu cakap macam tu. takot jadik kat aku pulak. sebab tu kalau aku main dengan pompuan, agak-agak nak terpancut tuh,cepat-cepat aku keluarkan aku punya". astaghfirullahala'zim! mengucap panjang aku kat dalam hati. boleh plak kan dia ngan selambanya cerita pasal tu kat orang lain yang tak brape rapat ngan dia nih. dia tak takot ke kalau aku bawak mulot pergi cerita kat orang lain pulak pasal dia? yang aku terkilannye, pemikiran dia tuh. mati-mati aku ingat dia nak cakap dia pon dah bertobat! ish3! aku kalau bab-bab nasihat orang nih aku tak berapa pandai. nak-nak pasal-pasal yang extreme macam nih. aku cuma cakap kat dia, kalau la satu hari nanti ALLAH nak bagi jadi jugak camne? walau kau prevent gile babas pon dari mengandungkan pompuan-pompuan yang kau main tu, tetibe je dia mengandung camne? dia tetap gak cakap ish, takde la. takdenye. ish3! aku pon tak tau nak cakap ape! tergantung camtu je perbincangan kitorang. hehe!


KES 2:

kalo tadi pasal laki, nie pasal pompuan pulak. tapi takde 18sx punya. hehe! (alaaa...haha!) ade satu ari nih, aku buat discussion pasal lab repot kot rasenye. member aku sorang nih kristian. bukan islam. let's say kite bubuh name dia alexis ye. kite bako aje! (hahah! tetiba masuk hantu kak limah!). yang lagi sorang ni pulak islam. kite namekan dia siti. ok?  alexis ni cerita la kat kitorang pasal housemate dia. nak pegi buang sampah depan umah pakai tudung, nak keluar depan umah kejap je pon pakai tudung gak. btw, si alexis punya housemate nih semuanya islam. dan pada pandangan aku dorang nih memang jenis yang jaga giler-giler pasal aurat nih. bagus la camtu kan? back to the story, alexis pon cakap la, pernah jugak pakwe dia nih tegor apsal orang umah alexis nih extreme giler islamnye? siti tu releks je. takde nak kecoh-kecoh pon! pakwe si alexis nih cakap macam tu sebab asal dia datang umah alexis je, mesti cepat-cepat budak umah alexis tarik langsir pintu, pastu cepat-cepat pakai tudung. "bukan aku nak tengok dorang pon. yang dorang melebih sangat apasal?". tu la yang si pakwe alexis nie pikir kot. bagi aku perkara tu normal la kan bagi orang islam. tapi tak kisah la pasal si alexis dengan pakwe dia nih. maybe dorang tak tau sangat pasal islam. so, takpe! boleh dimaafkan. hehe!

berbalik pada cerita, tengah-tengah alexis berpotpet-potpet tu, siti pon menyampuk, "ha ah la. apasal dorang extreme sangat? kalau stakat nak buang sampah depan umah tu, saya pakai seluar pendek releks je. kalau kat umah pon ayah saya tak pernah marah pon. kalau ade orang datang umah, saya tak pakai tudung, ayah saya rileks je. kadang-kadang kalau nak pergi umah korang kejap je saya tak pakai tudung pon". aku pon terpikir-pikir, memang rosak la anak kalau ayah ke mak ke x tegur kalau anak dorang wat salah. asal parent tak marah, semua mende dorang wat tu betol. kalau kena marah baru salah. agaknye itu la yang si siti ni pikir kot? si alexis pulak mengiyakan aje kate-kate si siti nih. aku pulak diam aje. buat-buat tak wujud! hehe. ade pulak macam tu kan? buat-buat tak wujud. kot la nak bagi nasehat ke kan? adoy! memang nih la perangai aku yang aku tak suka. aku tak berani tegur kalau orang buat salah. nak-nak kalau kalau orang tu kawan aku. aku takot dorang terasa. adoyai! jangan la kau tiru aksi aku ni!

so, conclusionnya ape?LU PIKIR LA SENDIRI! aku lapar. nak pegi makan! haha..tak sempat ak pikir. perot aku lebih menguasai pemikiran aku. haha!

Friday, February 4, 2011

tong3 chang!tong3 chang!

selamat menyambut tahun baru cina pada yang menyambutnye. walaupon lewat satu hari aku wish, kerana berjimba-jimba malam dan pada hari CNY, tapi aku nak wish jugak.haha! macam aku pulak yang sambut CNY. berjimba bagai. 1 malaysia okeyh! ini hanya entri gedix saje.hehe~ saje nak meng'update' blog aku yang dah bersawang nih. ade mood aku update, takde mood aku tak update (sememangnye banyak takde mood dari ade..haha!). sori la kalau entri aku pendek-pendek je. sebab aku memang tak reti nak mengarut panjang-panjang.hehe~ aku sememangnye salute abes la kat blogger-blogger yang entri dia berjela-jela. giler banyak idea dorang tuh!.

the 4 stooges~
the 'supir' of the day. thanx kak ina =)
diva of the day..kakke!haha~
si giler glam..haha~

Monday, January 17, 2011

Al-fatihah

Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.


    "Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman
     kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa
     atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan
     hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu
     yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia
     Maha mulia lagi Maha Pengampun" 
     (QS Al-Mulk [67]:1-2).


Kita lahir ke bumi menangis dan ketika mati kita meninggalkan tangisan dari orang terdekat kita. setiap makhluk akan merasakan mati, sementara kematian tersebut akan menjemput siapa saja dan di mana saja. 

Kenapa aku cakap pasal kematian? sebab hari ni 2 org BFF aku telah kehilangan insan yang sangat bermakna dan sangat penting dalam hidup dorang. ayah dan umi. disamping untuk ingatkan diri aku jugak bahawa kematian itu akan tiba bila-bila masa aje. aku rasa sedih sangat-sangat. nak-nak bila baca post-post yang kawan-kawan dorang hantar kat facebook dorang. touching giler! kalau aku dah sedih macam ni, dorang mesti lagi sedih kan? yang aku paling sedih, aku takde kat sisi dorang time-time camni. time dorang memerlukan seseorang untuk calm kan dorang, untuk support dorang. nak wat camne, dorang nun jauh kat terengganu, aku pulak jauh kat melaka. nak balik pon, sok ade kelas. takpe, aku sedekahkan al-fatihah dan doa untuk dorang. semoga roh ibu dan bapa mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. 

kematian akan menjemput kita bila-bila masa saje. bersediakah kita?

Saturday, January 15, 2011

selamat pagi malaysia!

oleh kerana ari ni bangun awal dan ada idea yang tak seberapa sikit nak mengarut-ngarut dan membebel-bebel, maka saya nak terus membebel-bebel. hahah! hari ni bangun awal sebab ade klas ari sabtu! sabtu ade kelas! kelas ade ari sabtu! cuti ari ahad je semester nih.. ape relevannye kelas ari sabtu? sabtu pon nak kena belaja ke? (kantoi sabtu ahad aku tak penah study!). walawei! kenapa tak wat je kelas sampai ari ahad. senang! haha. tapi kalau takde kelas pon memang aku selalu bangun awal. (tipu nih! kau jangan pecaya!haha.) oleh kerana arini aku bangun awal, maka nak cite sikit la kebaikan bangun awal pagi nih. disamping nak breakfast, banyak jugak kelebihan bangun awal pagi nih. buleh tengok cite kartun..haha!

hikmah bangun awal pagi nih melambangkan kejayaan, kegemilangan, dan kecemerlangan. malah, ilmu sains moden pon mengaku tentang kelebihan bangun awal pagi nih. Kajian sains terhadap kelebihan bangun awal pada waktu pagi adalah untuk kesihatan jasmani

  • Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik, ini lebih baik jika seseorang itu menunaikan solat subuh di masjid, semakin jauh masjid maka semakin baik. Ganjaran pahala pun bertambah. Insyaallah
  • Kandungan ' al-kartozon' dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. 'Al-kartozon' baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.
  • Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati. sape yang ade penyakit ati cam jeles menjeles, tak puas ati kat orang, elok la bangun pagi-pagi. kasi nyah sikit perasaan hasad dengki kau tuh! hahah!
  • Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan.
  • Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan



Kesihatan tubuh badan akan dirasai oleh orang yang sentiasa bersolat, orang yang menjaga solat subuh, tahajjud, tidur yang sedikit memberi kekuatan dan tenaga yang berterusan. Ini dapat menyangkal dakwaan bahawa tidur yang banyak atau lama dapat memberi kekuatan dan kesihatan. Ganjaran dan keampunan yang dikurniakan kepada sesiapa yang bangun awal pada waktu pagi adelah :-

  • Pertama: akhirat- diberi ganjaran pahala oleh Allah
  • Kedua   : dunia- dikurniakan kesihatan, dibekalkan tenaga, kekuatan, kecergasan, terhindar daripada penyakit

lagi yang aku dengo dari orang tua-tua kan, mandi awal pagi nih bleh wat awet muda tau. pergh!tak yah la kau nak membazir duit muit korang tuh kat spa ke hape. bangun je pagi. gi spa kat toilet je. Malah kajian sains membuktikan, mandi pagi sebelum Subuh, sekurang-kurangnye sejam sebelum matahari terbit, mengelakkan badan daripada gemuk. Ini kerana, air sejuk yang meresap ke dalam badan, boleh mengurangkan lemak dari berkumpul. wah!lepas nih sume pakat-pakat bangun pagi. tak yah gi bersenam bagai. bersenam je dalam toilet. haha!

entri main-main saje ye!

Takde idea + boring, tetiba teringat pulak si budak kecik nih. adorable NURHANA QAISARA. :)








tetiba rindu pulak kat si cumel nih. walaupon selalu sombong dengan aku..haha!

Friday, January 14, 2011

Kucengmu bukan kucengku!

Hari ni aku nak cakap pasal kucing la. sebab baru tadi aku main-main, manje-manje ngan kucing jiran aku. hehe! bagi glemer sikit golongan-golongan kucing nih. aku kompem mesti ramai yang suke kucing. kan?kan? sape tak suke kucing tuh adelah dari golongan yang alergik ngan kucing.hehe! aku nih kalau boleh dari dulu lagi nak bela-bela kucing nih. tapi apekan daya umi aku tak kasi la pulok. bulu kucing bahaya la, kuman kucing bahaya la, nanti kuman kucing masuk dalam mata la. maka tak dapek la den nak nolong. simpan je la hajat nak bela kucing tuh. nanti dah keje, bela kucing banyak-banyak!..haha. walaupon aku nih tak pernah bela hantu, eh!eh! bela kucing! walaupon aku tak pernah bela kucing, banyak juge kucing yang datang dan pergi dalam hidup aku nih (aiceh!meluat aku!haha. ayat takleh blah!). Banyak la jugak kucing yang menumpang kasih dengan aku. Tak mampu nak bela, tumpang bela pon jadi la. FYI, aku ni duduk umah sewa ngan rakan-rakan seperjuangan (haha!). sebelah rumah kitorang ni ade la bela kucing, tapi haram tak bagi makan kat kucing! asek harapkan kitorang je bagi makan! kadang-kadang je dia bagi makan kat kucing dia. bagi makan pon nasik aje. nak ke kucing tuh makan? banyak kali jugak aku tengok dia bagi makan nasik yang dah basi kat kucing-kucing dia tu. penuh dengan lalat! tapi kucing-kucing tu makan jugak sebab lapar agaknye. sedih do aku tengok. sobs..sobs..!maka aku dan rakan-rakan seperjuangan selalu la belikan makanan kucing untuk kucing-kucing teraniaya nih..hehe! syok la si tuan kucing tuh bile tengok kami asek bagi makanan kat kucing dia! takyah amek peduli lagi dah pasal kucing-kucing dia tuh. macam kitorang pulak tuan empunya kucing tu. tapi takpe, buat baik sesama makhluk tuhan. dapat banyak pahala. kan?kan?

ini ibu namenye.kenape?sebab dia yang paling tua.hehe

ini comot. perangai pon comot!housemate aku memang anti giler dengan dia nih.haha~

ini maskulin. kenape?sebab beliau mempunyai ciri-ciri jantan maskulin.hahah~

ini kecik. anak si comot. comel!
Meh la aku cite sikit pasal kucing nih walaupon aku tak de la arif sangat pasal si berbulu yang comel nih. FYI, kucing adelah mamalia karnivor kecil dari spesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dulu di zaman Mesir purba, di mana kcuing digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. 

KISAH ZAMAN NABI

Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar r.a. meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan.

Dalam suatu peristiwa, seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr terjumpa seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanan ke Masjid Nabawi berasa kasihan dengan anak kucing itu lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau. Sesampainya di masjid, baginda Rasulullah bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Abdul Rahman menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda Rasululah menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing. 

menarikkan? sebab kucing, orang boleh masuk neraka. jadi anda-anda sekalian jangan le menganiaya kucing. mentang-mentang kucing takleh balas balik kalo kau sepak dia,kau teranjang dia, senang-senang je kau nak naya dia ek. masuk neraka kau nanti!hehe..

heee~ kau jangan memandai nak naya aku! masuk neraka kang!

FAKTA TENTANG KUCENG!
  • Kucing tidur paling lama antara binatang lain, sekitar 16 hrs! Dan, kucing juge adelah nokturnal iaitu bersifat tak berapa aktif pada waktu siang (mungkin sebab tido banyak kot siang ari) dan aktif pada waktu malam.
  • Kucing dengan bulu putih dan mata biru biasanya terlahir pekak, walaupun begitu indera lain mereka berkembang sebagai gantinya
  • Kucing pon boleh tumbuh jerawat! Ada penyakit yang bernama jerawat kucing (feline acne).
  • kencing kucing menyala dalam gelap! Sape-sape yang umah dia takde lampu suluh ke,lilin ke time blackout, cari la kucing. haha~!
  • menurut kajian dari semua bahagian tubuh kucing, cakar merupakan bahagian yang sangat sensitif dengan sentuhan yang halus sekalipun.
  • Kemampuan kucing meloncat terletak pada kedua otot pahanya, sehingga mereka mampu meloncat dari tanah sampai ke atap rumah.
  •  kucing ada 200 juta sel yang sensitif terhadap bau kat hidungnya (40x lebih banyak dari manusia)
  • COKLAT boleh menjadi RACUN kepada kucing sebab dalam coklat ada theobromine. Jangan sesekali bagi kucing anda coklat! unless kalo kau memang nak bunuh dia. hehe~!
  • Ade penyakit yang mirip AIDS pada kucing disebabkan oleh Feline Immunodeficiency Virus (kucing pon ade AIDS daa~)
  • Aspirin mematikan bagi kucing. Hati kucing tak mampu hasilkan enzim untuk metabolisme asirin. Kalo kucing korang demam ke,selesema ke, jangan memandai bagi aspirin. bawak gi klinik haiwan lagi baik.
  •  kucing mempunyai efek menenangkan. Apabila seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil.
  • kucing mempunyai seratus macam suara! (nak cari kucing yang suara cam lady gaga la. bleh panggil lady kuceng)
  • Kucing pon ade yang kidal. jadi kalau korang nampak kucing yang tengah menulis pakai tangan kiri, takyah la terkejut ye!
  • kucing boleh menderma darah untuk kucing yang lain. kalau kucing korang eksiden ke ape, bawak la kucing lain sekor lagi time nak gi klinik tu. in case kalau kucing korang banyak hilang darah, bleh suruh yang sekor lagi tolong dermakan.
  • golongan darah kucing kalau dipadankan dengan manusia adelah AB. kalau korang adelah jenis darah AB, next time kalo eksiden ke ape ke, tak yah susah-susah nak cari penderma darah. amek je darah kucing. so, mule la bela kucing dari sekarang demi kehidupan kite di mase akan datang!
  • sekor kucing hamil selama 58-65 hari.
  • kucing tidak berpeluh. so, jangan la jadikan alasan kalo korang gi joging ke ape, nak kucing temankan sebab nak suh kucing pon berpeluh supaya kucing korang sehat. ceh!
  • kucing mandi (menjilat dirinya) setelah mengalami kejadian merbahaya untuk menenangkan diri.
  • kucing tidak mengiau pada kucing yang lain kecuali ada waktu khusus.
  • Pada zaman mesir kuno, kalau ada kucing peliharaan yang mati, seluruh keluarga itu akan mencukur alis mereka sebagai tanda berduka. Kalau korang tengok ade popmpuan-pompuan kat luor sana yang kening hampir takde tu, kemungkinan kucing dorang mati. jangan salahkan dorg. (ceh!)
ni abu, kuceng atuk aku. comey kan? ade love kat perot dia. (tetiba masuk kucing atok aku plak!)
Dan yang menariknya, kalau pencinta kucing berkahwin dengan pencinta kucing yang lainnya, maka mereka akan hidup bahagia selamanya. jangan la kau percaya yang nih! temberang lebeh!..haha!

Monday, January 10, 2011

"Kami tidak setuju Ana Raffali menang AJL25"

adoyai!.baru je kejap si ana raffali menang AJL25,dah muncul dah page "Kami tidak setuju Ana Raffali menang AJL25" kat facebook. tadi aku tgk baru 600 org like. nih dah 818! ramai juge tak puas ati ye..hehe! aku pon pelik gak sebenarnye. camne si ana leh menang?hehe. bagi aku la, aku tak dengo sangat pe yang dia dok nyanyikan tu. tak jelas. kan?kan? tu yang jadi tak best tu. pitching pon cam lari je (pandai pulak aku cakap pasal pitching! ceh!) tapi dah rezeki dia, nak wat camne. support la sikit kan?kan? sian si ana nih. baru nak gumbira-gumbira,orang dah tak suke dah. esok kompem-kompem ade tajuk kat paper tak puas hati ana menang. mesti ade yang pertikaikan. maybe lirik dia best kot. ataupon juri AJL terlalu bagi muka kat artis-artis baru?haha. papepon, congrat ana raffali. bese la kot kan dalam dunia hiburan nih, ade yang tak puas ati ngan kite.kan? (pandai pulak aku!)




TOLONG INGATKAN AKU

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita




Betol la weh! lirik dia cambest gak.hehe! tu pasal la dia menang kot kan?kan? ape yang aku suka pasal si ana nih, time dia perform mesti dia pakai baju kurung. ala-ala sopan gitu. sejuk je mata nengoknye. nak banding ngan artis-artis yang dok tayang body kan. 


si ana raffali =)