Wednesday, June 29, 2011

likoku lari gagah berani


worh! dah 2 bulan 20 hari belog aku nih tidak mendapat hidayah untuk di update. ngeh3! lepas je exam bulan 5 ari tu, terus kena proceed dengan plant design punye presentation. itu pasal la belog ini terpaksa ditinggalkan sebentar atas tanggungjawab sebagai student. poyo la kau! 

ok! straight to the point! sebab aku tak gheti nak mengarut panjang2. hehe! entri kali nih aku nak cite pasal seorang kuceng nih yang kitorang jumpe dan kitorang tatang bagai minyak yang penuh! tapi dia lari ikot bangla mana tah! ok,tipu..

itu hari, 30hb mei 2011 bersamaan 1.00 am, kitorang otw nak balik rumah lepas dah bersuka ria. tetiba nak masuk simpang taman kitorang tu, ade la sekor anak kuceng nih duduk kat tengah2 jalan. oleh kerana aku adelah pro-driver, makanya anak kuceng tu aku elak selamba je! (padahal anak kuceng tuh dok kat jalan sebelah). masa tuh aku dah pecut laju dah nih. tangan dah nak tekan NOS dah nih, tetiba housemate aku suruh patah balik sebab kesian tengok anak kuceng tu. makanya,aku termakan la pujuk rayu beliau lalu aku pon patah la balik. kitorang tengok si anak kuceng ni basah kuyup dengan air longkang. kesian! kitorang try jugak la cari kemana menghilangnya bunda terchenta beliau, tetapi hampa! makanya,kami membuat spekulasi bahawasanya bunda beliau telah meninggalkan beliau semasa beliau tengah bersusah payah memanjat longkang. or maybe, bunda beliau sengaja nak buang beliau. makanya ditolak la si beliau nih kedalam longkang lalu zasss, menghilangkan diri! kan trend buang anak sekarang. tak mustahil la kuceng pon nak ikot sama (hah???). dah bawak balik si kuceng nih kerumah, kitorang mengecheck jantina beliau. naseb baik betina! kalau jantan kang kena sound tak pasal je dengan jiran sebab bawak masuk jantan dalam rumah. LOL!. kitorang berlima pon bergotong-royong dan bertungkus-lumus memandikan si anak kuceng nih. yang aku herannya kalau study takde pulak nak bertungkus-lumus sampei macam tuh!

first night tido rumah kitorang :)

malam tu jugak, kitorang tangkap sekor ibu kuceng nih, yang selalu je melepak dalam rumah kitorang dan paksa dia bagi minum susu kat anak kuceng nih sambil kitorang mengacu AK47 kat kepala dia! punya la kedekut susu si ibu kuceng nih. takde sifat keibuan langsung bile dah tengok anak kuceng tu lapar. dah acu AK47 pon masih kedekut lagi. tak makan saman betol! makanya, kitorang terpaksa bermain cara kasar! sorang pegang kepala,sorang pegang kaki. bole la si anak kuceng tu merasa susu si ibu durjana nih walaupon sikit. esoknya, sampai la hari ni, batang hidung si ibu kuceng nih tak namapk-nampak dah. malu agaknya nak bersosial ngan masyarakat sebab dah dicabul kehormatan. haha! 

esoknya jugak, kitorang pergi carik susu untuk kuceng kat klinik haiwan. dan, kitorang jugak bz 1 hari sebab dok google nama yang sesuai untuk si anak kuceng nih. kau tengok! kalau google info untuk buat lab report ke, assignment ke, tak pernah nye bersungguh sampai 1 hari. paling lama pon sejam! makanya, google punya google, kitorang pon sepakat membawa berkat untuk namakan beliau LIKO yang bermaksud good girl in japanese. tapi tak tahu la betol ke tak. kau paham-paham je la google translate kan. janji sedap dengar sudeyh! 

tapi beberapa minggu selepas itu, 1 lagi dilema terpaksa kitorang hadapi iaitu siapa yang nak kena bawak balik si liko nih. sebabnya dah dekat nak cuti semester time tu. oleh sebab aku sorang je yang balik kampung naik kete, makanya tanggunjawab tu secara otomatiknya jatuh kat aku. aku mula-mula tu memang dah surrender tanak bawak balik. takot mak aku bising! so, kitorang decide nak buang aje si liko nih kat pasar. tapi satu hari tuh, aku tengok si liko nih rasa macam sayang la pulak. sayang nak buang. sebab dia comel sangat. sedih pulak rasanya. tiba-tiba rasa macam nak tengok dia membesar menjadi wanita yang cantik molek kat depan mata (LOL!). makanya aku pon decide bawak balik aje la si liko nih. lantak la mak aku ke,ayah aku ke nak bising-bising.



sebab dia buat muka sedih camni la aku
tak jadi nak buang dia.  haha!

pastu, aku cakap kat dia "liko ikot kakak balik tganu ye"
teros dia buat muka camni!

pastu teros update status FB ngan twitter dia
 "yay! nak balik tganu wif kak ru!".

makanya, 14hb may 2011, bermula lah perjalanan liko pulang ke terengganu. mula-mula tu bising tak yah cakap la. mengiau je keje dia sampai naik muak telinga aku. naseb tak tepikior nak tinggal aje tepi jalan. haha! dah masuk sempadan terengganu, baru la aku tahu kuceng pon mabuk juge ye. si liko asyik muntah je. muntah pon keluar air liur dia aje. kesian sangat-sangat tengok dia lembik je. makanya aku pon tekon NOS supaya cepat sampai. haha! 

ini bukan kuceng mabuk todi ye. ini kucing mabuk naik kete. haha!

dah sampai terengganu tuh, aku buat muka kering je time mak ngan ayah aku balik keje. takot kena marah bawak balik kuceng. huhu! tapi lain pulak jadiknya. mak ngan ayah aku lek je. mula-mula aku letak liko nih kat luar. pastu ayah aku suruh bawak masuk dalam rumah. takot ular ke ape ke msuk dalam cage si liko kang, tak pasal je mati dalam iman. takleh nak lari kemana. makanya, liko pon bermaharajalela la kat dalam rumah aku tu. habes semua pasu bunga mak aku hancus, si liko nih punya keje. naseb tak kena marah. hehe! dah jadik kesayangan, takkan kena marah punye. sampaikan mak aku nak jahit baju untuk liko. ayah aku pulak, balik keje aje panggil liko. kot la nak panggil aku dulu ke. mak aku kadang-kadang call aku time dah balik melaka nih, asek tanya likooo aje. first yang dia akan tanya, "liko mane?sehat ke dia?". kot la nak tanye anak dia nih dulu sehat ke tak,makan ke tak lagi. kan?kan?kan?.

sekarang liko pon dah besor. tak sabo pulak aku nak tengok dia ade anak-anak karang. bleh la aku jadik mak sedara dorang. miahaha! tapi si liko nih memang cepat besor pon. mane taknya keje dia asek makan, tidor, pastu geget tangan orang, geget kaki orang. tu aje la keje dia. bile orang tengah jalan nak gi dapur ke, toilet ke, keje dia asek nak terkam kaki orang je. nih time aku ngah dok mengarut pasal entri nih pon dia tengah syok-syok geget kaki aku nih. kot la nak tolong masak ke dulu jap, basuh kete ke. paling-paling koman pon pegi le siram pokok kat depan rumah tu ke. haishh!

liko's territory - bawah mesin jahit mak aku!

ni tengah besedia nak terkam kaki orang nih!
kuang asam punya kuceng nih!

muka eksyen bila dah geget kaki orang!

keluar bersosial mesti kena guard. kalau tak jawabnye
ke jalan besor le dia nih pegi!

p/s: 
"kau pehal tak puas hati ngan aku?", -ayat peberet liko =D-