Wednesday, June 6, 2012

kimchi jigae a.k.a kimchi stew


ASSALAMUALAIKUM w.b.t...

hari tu aku post pasal cemana nak buat kimchi kan?kan?hari ni nak cerita cemana pulak nak buat kimchi jigae a.k.a kimchi stew. sedap woo!rugi tak buat!

macam biasa, resepi ni pon aku dapat dari MYILGI. kiranya MYILGI ni sifu aku la. hehe..

meh-meh, kita buat kimchi stew pulak meh!

kimchi jigae. siusly sangat seedaaap!


bahan-bahan:

1 1/2 cawan kimchi
1/4 air kimchi
2 cawan air
1 tin tuna in oil (aku selalu pakai brand Rex. sebab murah. tapi mana-mana brand pon boleyyy)
2 tauhu
1/2 bawang
1 batang daun bawang
2 batang cili1 tbs serbuk cili
1 ulas bawang putih (minced)
garam dan serbuk perasa secukup rasa

masukkan kimchi dan air ke dalam periuk. biarkan mendidih.

time tengah tunggu mendidih tu, jangan buang masa begitu sahaja, potong daun bawang lebih kurang 5 cm panjang, bawang, tauhu dan cili.

bila dah mendidih, masukkan bawang, tuna, bawang putih, serbuk cili dan air kimchi. kacau-kacau sikit pastu masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa, kacau dan biarkan selama 10 minit.

kemudian masukkan daun bawang, cili dan tauhu. biarkan kejap then siap! senang tak?senang tak?

SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment