Wednesday, June 6, 2012

Kimchi


ASSALAMU'ALAIKUM..

Eh?tuan belog ni hidup lagi rupanya! haha..lama nau tak ngapdatekan belog. nak buat cemana bz ngalahkan mr. PM (sebenarnya tak tau nak ngapdet ape. alasan kauuu kemain :p). now, dah nak grad dah pon. tinggal lagi 1 sem je lagi nak ngabiskan sisa-sisa hidup sebagai miss student. iAllah. kejap je kan masa berlalu. pejam celik dah nak habis beajar dah. rasanya baru je semalam sem 1. aiceh! lepas ni mesti dah tak best kan. orang cakap dunia pekerjaan tak se best dunia student. ye eh? walau papepon, doakan aku murah rezeki ye. dapat keje cepat-cepat nak nyetelkan hutang MARA. ngehngehngeh!

owh, oleh kerana dah cuti sem ni, aku sekarang dah ada hobi baru. hehe. semuanya sebab aku terjebak dengan gejala sosial yang kurang sihat! eh, bukan! semuanya sebab aku selalu tengok page Maangchi dengan MYILGI. page nih mengajau kite, anak-anak muda, membuat dan memasak makanan korea. so, selalu la aku menerjah 2 page ini. ada lagi 1 page aku selalu terjah. KFood Addict. page ni pon ngajau cecara nak wat makanan korea. melalui kombinasi 3 page tersebut,makanya aku telah mula belajar cara-cara membuat makanan korea. tapi takde la expert benau. yang sonang-sonang yo eden buat. sobab eden bukan roti masak pon. yang sonang tahap darjah 1 tu buleh la eden buat! hahaha..

Itu hari aku ada buat kimchi. 1st trial tak menjadi. mungkin sebab tak baca bismillah kot. rasa kimchi yang 1st trial tersangat la disaster! kalau makan tu, kau rasa macam nak mati lah! (amboi,melampau kauuu!). mungkin sebab pedas sangat plus rasa agak pelik. ntah apa salah aku kat kimchi tu sampai dia jadik cenggitu. sighh..

korang nak try buat tak?nak?nak?bayar dulu 50sen!
resepi ni aku dapat kat MYILGI. cuma aku ubah-ubah sikit je. tapi originalnya dari MYILGI. korang terjah la belog ni ye :)

bahan-bahan:

Kobis cina (besarr punya,around 1 kg)
1 cawan garam
12 cawan air

kobis cina tu, korang belah 2, pastu korang larutkan garam dalam air then korang rendamkan kobis tu selama 4 jam. setiap 2 jam, korang terbalikkan kobis tu biar dia betul-betul sebati dengan air garam tu dan pasti kan kobis tu betul-betul tenggelam tau. kalau tak tenggelam, korang letak la mangkuk ke apa kat atas kobis tu. jangan kau letak mangkuk jamban pulak! lepas dah 4 jam, basuh kobis tu dengan air bersih then toskan.

kobis yang dah siap dibasuh dan ditoskan

untuk bahan-bahan sos dia pulak,

6 ulas bawang putih
1/2 bawang
2 tbs jus halia
4 batang daun bawang
4 tbs sos ikan
3 tbs serbuk cili (kalau nak pedas korang lebihkan. tapi bagi aku 3 tbs nih pon giler dah pedasnya!)
3 biji cili
3 tbs gula
2 tbs tepung gandum larutkan dalam 12 tbs air

ini le rupe sos nya.

lepas dah larutkan tepung dalam air, masak dengan api yang sederhana sampai dia menggelegak lepas 2 tutup api and masukkan gula. kacau sampai gula tu larut.

blend atau tumbuk bawang putih, bawang, dan cili sampai lumat. pastu masukkan jus halia dan sos ikan then kacau.

masukkan campuran tepung+gula tadi then kacau. pastu masukkan serbuk cili pulak. potong daun bawang lebih kurang 5 cm dan masukkan kedalam campuran tadi.

kacau, kacau, kacau dan kacau lagi sampai sebati. lepas tu ratakan bahan-bahan ini atas kobis yang dah dibasuh tadi. ratakan pada setiap daun kobis. then, masukkan kobis yang dah disapu dengan sos ni kedalam bekas tertutup. biarkan selama 2-3 hari.

bubbles kecik akan muncul bile fermentation process berlaku. masa ni la kobis korang tu akan mertukar menjadi kimchi. so, jangan panik! haha..

lepas 2-3 hari, simpan dalam fridge. dah boleh makan dah!

simpan dalam bekas yang bertutup selama 2-3 hari.

dah boleh makan dah :)


p/s: masa nak ratakan sos kat atas kobis tu, pakai la gloves ke, plastik ke. sebab nanti tangan korang akan panas dek kerana serbuk cili+cili tu. tangan aku sampai kena rendam dalam ais. tak tahan panas beb!

No comments:

Post a Comment