Wednesday, June 6, 2012

Maggi Kimchi


Petang semalam aku buat maggi kimchi. kebetulan pulak kimchi yang hari tu punya ada lagi plus pulak perut tengah lapar, selongkar kabinet nampak maggi kari letup. dah lama tak pekena maggi. apa lagi, jom kita main masak-masak!.. tak sangka sedap jugak maggi kimchi ni. ataupun sebab aku ni memang pandai masak?hahaha!! (kembang kempis kembang kempis). selalunya hanya mampu tengok je kimchi ramyum yang ada jual kat supermarket. nak beli kang was-was pulak dah takde tanda halal. dibuatnya ada campur bahan-bahan tak halal kang, tak ke gelap mata hati kau?? yang dah ada pon kemain gelap..aku laaa..korang baik takpe la ;p

nak buat maggi kimchi senang je. kau masak je maggi. cuma tambah kimchi je. hehe!

Maggi Kimchi


bahan-bahan:
sebungkus manggi kari
1/2 cawan kimchi (kalau lebih pon takpe. ikut citarasa)
1 tbs air kimchi
2 cawan air
1 batang daun bawang
1 biji telur

masukkan kimchi dan air kedalam periuk. barkan sampai mendidih.

bila dah mendidih, masukkan perencah maggi dan air kimchi. kacau sikit then masukkan maggi. biarkan sampai megi lembut

then masukkan dun bawang, kacau sikit. kalau kurang rasa, tambah la apa-apa yang patut. serbuk perasa ke, garam ke.

last sekali pecah kan telur. biarkan kejap then dh boleh makan dah :)


rasa dia masam-masam pedas. sukatan bahan-bahan tu aku main agak je. sebabnya aku pon tak sure berapa banyak yang aku masukkan. korang agak-agak la ye. alaa, macam nak masak maggi tu la. cemana korang masak maggi? camtu la..bezanya cuma tambah kimchi je. kalau nak tambah ayam pon boleh. ikut citarasa masing-masing :)


SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment