Thursday, June 7, 2012

Yukgaejang

HALLUUU...

Hari tu tengok video masak-masak Maangchi. tengok dia buat Yukgaejang a.k.a spicy beef soup. nampak macam sedap. so, mula la aku pasang angan-angan nak buat yukgaejang pulak cuti sem nanti. hehe! sampai je rumah, esoknya terus carik bahan-bahan nak buat yukgaejang. yukgaejang ni sangat sedap kalau makan ngan nasik time panas-panas. pergh! tangkap leleh!

resepi yukgaejang nih aku amek daripada page Maangchi.

bahan-bahan:

1 kg daging (beef brisket)
1/2 bawang
14-15 cawan air
12 batang daun bawang
5 cawan taugeh,
1-2 batang saderi
3 tbs serbuk cili
1 tbs sesame oil
1 tbs minyak masak
1 tbs garam
1 tbs soy sauce
sedikit serbuk lada hitam


Masukkan daging, air dan bawang ke dalam periuk dan masak selama 40-50 minit sampai daging tu empuk.

potong daun bawang dan saderi lebih kurang 7 cm panjang dan letakkan dalam mangkuk yang besar

Dalam mangkuk kecik yng lain, masukkan serbuk cili, sesame oil, minyak masak, soy sauce, garam dan sedikit serbuk lada hitam, kacau sampai sebatti. ni adalah korang punya hotpepper oil sauce.

Campurkan hotpepper oil sauce dengan sayur-sayuran yang dalam mangkuk besar tadi 2. gaul sampai sebati

Bila daging dah masak, keluarkan dari dalam periuk dan ketepikan untuk sejukkan dia. masukkan syuran tu pulak ke dalam periuk dan masak selama lebih kurang 20-30 minit.

Bila daging dah sejuk, potong daging tu nipis-nipis dan masukkan ke dalam periuk tadi. masak lagi selama 5-10 minit. dah siap!

Serve with rice. Enjoy it!

inilah rupa yukgaejang. sedap gilleeehh!

No comments:

Post a Comment