Monday, January 17, 2011

Al-fatihah

Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.


    "Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman
     kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa
     atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan
     hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu
     yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia
     Maha mulia lagi Maha Pengampun" 
     (QS Al-Mulk [67]:1-2).


Kita lahir ke bumi menangis dan ketika mati kita meninggalkan tangisan dari orang terdekat kita. setiap makhluk akan merasakan mati, sementara kematian tersebut akan menjemput siapa saja dan di mana saja. 

Kenapa aku cakap pasal kematian? sebab hari ni 2 org BFF aku telah kehilangan insan yang sangat bermakna dan sangat penting dalam hidup dorang. ayah dan umi. disamping untuk ingatkan diri aku jugak bahawa kematian itu akan tiba bila-bila masa aje. aku rasa sedih sangat-sangat. nak-nak bila baca post-post yang kawan-kawan dorang hantar kat facebook dorang. touching giler! kalau aku dah sedih macam ni, dorang mesti lagi sedih kan? yang aku paling sedih, aku takde kat sisi dorang time-time camni. time dorang memerlukan seseorang untuk calm kan dorang, untuk support dorang. nak wat camne, dorang nun jauh kat terengganu, aku pulak jauh kat melaka. nak balik pon, sok ade kelas. takpe, aku sedekahkan al-fatihah dan doa untuk dorang. semoga roh ibu dan bapa mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. 

kematian akan menjemput kita bila-bila masa saje. bersediakah kita?

Saturday, January 15, 2011

selamat pagi malaysia!

oleh kerana ari ni bangun awal dan ada idea yang tak seberapa sikit nak mengarut-ngarut dan membebel-bebel, maka saya nak terus membebel-bebel. hahah! hari ni bangun awal sebab ade klas ari sabtu! sabtu ade kelas! kelas ade ari sabtu! cuti ari ahad je semester nih.. ape relevannye kelas ari sabtu? sabtu pon nak kena belaja ke? (kantoi sabtu ahad aku tak penah study!). walawei! kenapa tak wat je kelas sampai ari ahad. senang! haha. tapi kalau takde kelas pon memang aku selalu bangun awal. (tipu nih! kau jangan pecaya!haha.) oleh kerana arini aku bangun awal, maka nak cite sikit la kebaikan bangun awal pagi nih. disamping nak breakfast, banyak jugak kelebihan bangun awal pagi nih. buleh tengok cite kartun..haha!

hikmah bangun awal pagi nih melambangkan kejayaan, kegemilangan, dan kecemerlangan. malah, ilmu sains moden pon mengaku tentang kelebihan bangun awal pagi nih. Kajian sains terhadap kelebihan bangun awal pada waktu pagi adalah untuk kesihatan jasmani

  • Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik, ini lebih baik jika seseorang itu menunaikan solat subuh di masjid, semakin jauh masjid maka semakin baik. Ganjaran pahala pun bertambah. Insyaallah
  • Kandungan ' al-kartozon' dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. 'Al-kartozon' baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.
  • Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati. sape yang ade penyakit ati cam jeles menjeles, tak puas ati kat orang, elok la bangun pagi-pagi. kasi nyah sikit perasaan hasad dengki kau tuh! hahah!
  • Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan.
  • Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan



Kesihatan tubuh badan akan dirasai oleh orang yang sentiasa bersolat, orang yang menjaga solat subuh, tahajjud, tidur yang sedikit memberi kekuatan dan tenaga yang berterusan. Ini dapat menyangkal dakwaan bahawa tidur yang banyak atau lama dapat memberi kekuatan dan kesihatan. Ganjaran dan keampunan yang dikurniakan kepada sesiapa yang bangun awal pada waktu pagi adelah :-

  • Pertama: akhirat- diberi ganjaran pahala oleh Allah
  • Kedua   : dunia- dikurniakan kesihatan, dibekalkan tenaga, kekuatan, kecergasan, terhindar daripada penyakit

lagi yang aku dengo dari orang tua-tua kan, mandi awal pagi nih bleh wat awet muda tau. pergh!tak yah la kau nak membazir duit muit korang tuh kat spa ke hape. bangun je pagi. gi spa kat toilet je. Malah kajian sains membuktikan, mandi pagi sebelum Subuh, sekurang-kurangnye sejam sebelum matahari terbit, mengelakkan badan daripada gemuk. Ini kerana, air sejuk yang meresap ke dalam badan, boleh mengurangkan lemak dari berkumpul. wah!lepas nih sume pakat-pakat bangun pagi. tak yah gi bersenam bagai. bersenam je dalam toilet. haha!

entri main-main saje ye!

Takde idea + boring, tetiba teringat pulak si budak kecik nih. adorable NURHANA QAISARA. :)








tetiba rindu pulak kat si cumel nih. walaupon selalu sombong dengan aku..haha!

Friday, January 14, 2011

Kucengmu bukan kucengku!

Hari ni aku nak cakap pasal kucing la. sebab baru tadi aku main-main, manje-manje ngan kucing jiran aku. hehe! bagi glemer sikit golongan-golongan kucing nih. aku kompem mesti ramai yang suke kucing. kan?kan? sape tak suke kucing tuh adelah dari golongan yang alergik ngan kucing.hehe! aku nih kalau boleh dari dulu lagi nak bela-bela kucing nih. tapi apekan daya umi aku tak kasi la pulok. bulu kucing bahaya la, kuman kucing bahaya la, nanti kuman kucing masuk dalam mata la. maka tak dapek la den nak nolong. simpan je la hajat nak bela kucing tuh. nanti dah keje, bela kucing banyak-banyak!..haha. walaupon aku nih tak pernah bela hantu, eh!eh! bela kucing! walaupon aku tak pernah bela kucing, banyak juge kucing yang datang dan pergi dalam hidup aku nih (aiceh!meluat aku!haha. ayat takleh blah!). Banyak la jugak kucing yang menumpang kasih dengan aku. Tak mampu nak bela, tumpang bela pon jadi la. FYI, aku ni duduk umah sewa ngan rakan-rakan seperjuangan (haha!). sebelah rumah kitorang ni ade la bela kucing, tapi haram tak bagi makan kat kucing! asek harapkan kitorang je bagi makan! kadang-kadang je dia bagi makan kat kucing dia. bagi makan pon nasik aje. nak ke kucing tuh makan? banyak kali jugak aku tengok dia bagi makan nasik yang dah basi kat kucing-kucing dia tu. penuh dengan lalat! tapi kucing-kucing tu makan jugak sebab lapar agaknye. sedih do aku tengok. sobs..sobs..!maka aku dan rakan-rakan seperjuangan selalu la belikan makanan kucing untuk kucing-kucing teraniaya nih..hehe! syok la si tuan kucing tuh bile tengok kami asek bagi makanan kat kucing dia! takyah amek peduli lagi dah pasal kucing-kucing dia tuh. macam kitorang pulak tuan empunya kucing tu. tapi takpe, buat baik sesama makhluk tuhan. dapat banyak pahala. kan?kan?

ini ibu namenye.kenape?sebab dia yang paling tua.hehe

ini comot. perangai pon comot!housemate aku memang anti giler dengan dia nih.haha~

ini maskulin. kenape?sebab beliau mempunyai ciri-ciri jantan maskulin.hahah~

ini kecik. anak si comot. comel!
Meh la aku cite sikit pasal kucing nih walaupon aku tak de la arif sangat pasal si berbulu yang comel nih. FYI, kucing adelah mamalia karnivor kecil dari spesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dulu di zaman Mesir purba, di mana kcuing digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. 

KISAH ZAMAN NABI

Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar r.a. meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan.

Dalam suatu peristiwa, seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr terjumpa seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanan ke Masjid Nabawi berasa kasihan dengan anak kucing itu lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau. Sesampainya di masjid, baginda Rasulullah bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Abdul Rahman menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda Rasululah menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing. 

menarikkan? sebab kucing, orang boleh masuk neraka. jadi anda-anda sekalian jangan le menganiaya kucing. mentang-mentang kucing takleh balas balik kalo kau sepak dia,kau teranjang dia, senang-senang je kau nak naya dia ek. masuk neraka kau nanti!hehe..

heee~ kau jangan memandai nak naya aku! masuk neraka kang!

FAKTA TENTANG KUCENG!
  • Kucing tidur paling lama antara binatang lain, sekitar 16 hrs! Dan, kucing juge adelah nokturnal iaitu bersifat tak berapa aktif pada waktu siang (mungkin sebab tido banyak kot siang ari) dan aktif pada waktu malam.
  • Kucing dengan bulu putih dan mata biru biasanya terlahir pekak, walaupun begitu indera lain mereka berkembang sebagai gantinya
  • Kucing pon boleh tumbuh jerawat! Ada penyakit yang bernama jerawat kucing (feline acne).
  • kencing kucing menyala dalam gelap! Sape-sape yang umah dia takde lampu suluh ke,lilin ke time blackout, cari la kucing. haha~!
  • menurut kajian dari semua bahagian tubuh kucing, cakar merupakan bahagian yang sangat sensitif dengan sentuhan yang halus sekalipun.
  • Kemampuan kucing meloncat terletak pada kedua otot pahanya, sehingga mereka mampu meloncat dari tanah sampai ke atap rumah.
  •  kucing ada 200 juta sel yang sensitif terhadap bau kat hidungnya (40x lebih banyak dari manusia)
  • COKLAT boleh menjadi RACUN kepada kucing sebab dalam coklat ada theobromine. Jangan sesekali bagi kucing anda coklat! unless kalo kau memang nak bunuh dia. hehe~!
  • Ade penyakit yang mirip AIDS pada kucing disebabkan oleh Feline Immunodeficiency Virus (kucing pon ade AIDS daa~)
  • Aspirin mematikan bagi kucing. Hati kucing tak mampu hasilkan enzim untuk metabolisme asirin. Kalo kucing korang demam ke,selesema ke, jangan memandai bagi aspirin. bawak gi klinik haiwan lagi baik.
  •  kucing mempunyai efek menenangkan. Apabila seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil.
  • kucing mempunyai seratus macam suara! (nak cari kucing yang suara cam lady gaga la. bleh panggil lady kuceng)
  • Kucing pon ade yang kidal. jadi kalau korang nampak kucing yang tengah menulis pakai tangan kiri, takyah la terkejut ye!
  • kucing boleh menderma darah untuk kucing yang lain. kalau kucing korang eksiden ke ape, bawak la kucing lain sekor lagi time nak gi klinik tu. in case kalau kucing korang banyak hilang darah, bleh suruh yang sekor lagi tolong dermakan.
  • golongan darah kucing kalau dipadankan dengan manusia adelah AB. kalau korang adelah jenis darah AB, next time kalo eksiden ke ape ke, tak yah susah-susah nak cari penderma darah. amek je darah kucing. so, mule la bela kucing dari sekarang demi kehidupan kite di mase akan datang!
  • sekor kucing hamil selama 58-65 hari.
  • kucing tidak berpeluh. so, jangan la jadikan alasan kalo korang gi joging ke ape, nak kucing temankan sebab nak suh kucing pon berpeluh supaya kucing korang sehat. ceh!
  • kucing mandi (menjilat dirinya) setelah mengalami kejadian merbahaya untuk menenangkan diri.
  • kucing tidak mengiau pada kucing yang lain kecuali ada waktu khusus.
  • Pada zaman mesir kuno, kalau ada kucing peliharaan yang mati, seluruh keluarga itu akan mencukur alis mereka sebagai tanda berduka. Kalau korang tengok ade popmpuan-pompuan kat luor sana yang kening hampir takde tu, kemungkinan kucing dorang mati. jangan salahkan dorg. (ceh!)
ni abu, kuceng atuk aku. comey kan? ade love kat perot dia. (tetiba masuk kucing atok aku plak!)
Dan yang menariknya, kalau pencinta kucing berkahwin dengan pencinta kucing yang lainnya, maka mereka akan hidup bahagia selamanya. jangan la kau percaya yang nih! temberang lebeh!..haha!

Monday, January 10, 2011

"Kami tidak setuju Ana Raffali menang AJL25"

adoyai!.baru je kejap si ana raffali menang AJL25,dah muncul dah page "Kami tidak setuju Ana Raffali menang AJL25" kat facebook. tadi aku tgk baru 600 org like. nih dah 818! ramai juge tak puas ati ye..hehe! aku pon pelik gak sebenarnye. camne si ana leh menang?hehe. bagi aku la, aku tak dengo sangat pe yang dia dok nyanyikan tu. tak jelas. kan?kan? tu yang jadi tak best tu. pitching pon cam lari je (pandai pulak aku cakap pasal pitching! ceh!) tapi dah rezeki dia, nak wat camne. support la sikit kan?kan? sian si ana nih. baru nak gumbira-gumbira,orang dah tak suke dah. esok kompem-kompem ade tajuk kat paper tak puas hati ana menang. mesti ade yang pertikaikan. maybe lirik dia best kot. ataupon juri AJL terlalu bagi muka kat artis-artis baru?haha. papepon, congrat ana raffali. bese la kot kan dalam dunia hiburan nih, ade yang tak puas ati ngan kite.kan? (pandai pulak aku!)




TOLONG INGATKAN AKU

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita




Betol la weh! lirik dia cambest gak.hehe! tu pasal la dia menang kot kan?kan? ape yang aku suka pasal si ana nih, time dia perform mesti dia pakai baju kurung. ala-ala sopan gitu. sejuk je mata nengoknye. nak banding ngan artis-artis yang dok tayang body kan. 


si ana raffali =)