Wednesday, July 6, 2011

kau rasa kucing dengar cakap tak?

pernah tak tengok kucing yang dengar cakap?pernah tak?pernah tak?..haa,mesti tak pernah kan?yang dah pernah tengok tu kau buat-buat xpernah tengok ok. bagi aku riak sikit!haha. 

aku tak tahu la kalau dalam dunia ni memang ade kucing yang ikot ape yang tuan dia suruh dia buat. kalau anjing tu lain cerita la kan. ingat lagi tak si liko? previous entry aku ade cite pasal si liko nih. si anak kucing jalanan yang aku kutip dan tatang bagai minyak yang penuh. wah kau!

semenjak dua menjak ni, si liko macam paham-paham je ape yang aku cakap ngan dia. seriau pulak aku! betol ke dia tu kucing ek? ataupon beliau seorang puteri yang terkena sumpahan raja-raja zaman dahulu kala?? si liko ni memang selalu tido dengan aku. itu hari, aku tido agak lambat jugak la. dalam 4 pagi. so, aku saje la gedik-gedik pesan kat dia suruh kejutkan aku pukul 6.30. aku cakap kat dia, "liko kejutkan kak ru pukul 6.30 karang ye. kalau kak ru tak bangun, liko geget je kaki kak ru". pagi tu, terkujat-kujat aku bangun sebab terkejut si liko geget kaki aku. aku tengok jam, tepat 6.30 doe!! tetiba aku rasa seriau bila dia pandang aku time aku dah bangun tu..haha!

semalam punya cerita pulak, aku letak si liko dalam sangkar sebab aku tengok dia macam nak kencing nak berak camtu la. aku pesan lagi kat dia, "nanti kang dah kencing panggil tau". masa aku tengah dok surfing-surfing, tetiba dia mengiau. aku wat donno je memula tu. tapi makin kuat pulak dia mengiau. aku pegi la tengok.ouh! dia dah kencing rupanya. patot la dia panggil aku (sambil dalam kepala kemain banyak question mark! =D)

kalau kau nak tahu, liko nih memang spesis yang menikus gile babeng punya. pantang nampak mende bergerak sikit mesti nak terkam. pastu, pantang orang nak sentuh dia sikit mesti dia nak geget. geget gurau-gurau la. tapi gurau tak gurau jugak. bengkak bengkil jugak tangan aku. calar balar takyah cakap la. memang gurau kasar si liko nie..hehe! so, semalam aku saje la nak test liko ni. aku tickle2 perot dia. seblom tu aku pesan kat dia, "liko jangan main kasar sangat tau. jangan geget kuat sangat. sakit tangan kak ru nanti kang". sah-sah dia paham cakap aku! OMG! aku teros acu rifle kat kepala dia sebab aku dah tau dia bukan seekor kucing! dia mesti ejen FBI!! ok, aku over reacted.. (=.=!)..dia paham ape aku cakap weh! memang dia geget lembut je. takde kuat-kuat macam yang dia selalu geget tu. aku pon puji la dia, "wah! pandainya liko kak ru nih. dah pandai dengar cakap dah", ngapp!! teros dia geget aku sekuat ati dia! kuang asam punya kuceng!! tak makan puji langsung!

ptuii!!kau ingat aku nak dengar cakap kau sangat ke??


moral of the story: kau jangan percaya sangat kat kuceng.!!siyesly!...